Assalamualaikum semua, Hari ini kita akan belajar mengenai perhubungan ruang dan masa.
Sila salin nota sehingga no 3 dan lukis gambar rajah yang diberi , fahami betul-betul nota yang cikgu bagi kemudian tonton video di pautan yang disediakan.
1.7 Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa
- Menggunakan perhubungan ruang dan masa ialah kemahiran memerihalkan perubahan sesuatu kejadian atau fenomena berdasarkan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isi padu dan berat mengikut masa.
- Contoh, selepas 20 minit, ais krim sudah berubah bentuk, saiznya juga mengecil. Perubahan bentuk dan saiz aiskrim dinamakan perubahan parameter.
- Apabila masa bertambah, bentuk aiskrim menjadi tidak sekata dan saiznya semakin mengecil. Jadi, perhubungan ruang dan masa dalam situasi di atas adalah, apabila masa bertambah, bentuk aiskrim menjadi tidak sekata dan saiznya mengecil.
KLIK PAUTAN VIDEO DI BAWAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan