ASSALAMUALAIKUM, terlebih dahulu murid-murid diminta menonton beberpa sedutan video supaya dapat memahami apa yang dipelajari bagi subtopik ini. Sila klik pautan video yang disediakan satu persatu.
INFERENS
Pemerhatian dan membuat inferens
Hari ini CIKGU akan berikan sedikit panduan atau
penerangan kepada pelajar untuk menjawab soalan pemerhatian dan bagaimana cara
untuk membuat inferens.Baiklah, kita mulakan dengan pemerhatian terlebih
dahulu.
Pemerhatian ialah apa yang diperhatikan dengan
menggunakan deria mata, telinga, sentuhan, bau dan lidah untuk mengesan
perubahan keadaan asal lalu dibuat perbandingan terhadap sesuatu ujikaji,
fenomena, gambarajah, jadual, graf,carta dan pernyataan ayat. Sebagai
contoh,cuba perhatikan gambarajah di bawah.
contoh pemerhatian yang boleh diberikan berdasarkan
gambar tersebut ialah
1. lembu A lebih kecil daripada lembu B.
2. lembu B lebih besar daripada lembu A.
Baiklah, sekarang kita akan teruskan
lagi dengan bagaimana cara untuk membuat inferens.Tetapi sebelum itu,mari kita
fahami apa yang dimaksudkan dengan inferens.Inferens ialah suatu
penerangan/sebab yang logik berdasarkan Pemerhatian yang telah dibuat terhadap
sesuatu fenomena/peristiwa.
Inferens terbahagi kepada dua iaitu :-
1. Inferens bebas/tidak terkawal - Sebarang Penerangan/Sebab/Alasan yang logik
diperolehi daripada pengetahuan sedia ada, pengalaman lalu, atau pembacaan.
Biasanya mempunyai lebih daripada 1 jawapan.
Sebagai contoh
Pemerhatian:
1. Lembu A lebih kecil daripada Lembu B
2. Lembu B lebih besar daripada Lembu A
Nyatakan satu inferans berdasarkan pemerhatian yang telah diberikan.
1. Lembu A tidak mendapat makanan yang cukup berbanding Lembu B.
2. Lembu A baka yang kecil berbanding Lembu B.
3. Lembu A berpenyakit berbanding Lembu B
2. Inferens Terkawal/Jitu – Penerangan / Sebab
/Alasan jelas yang telah ditetapkan dengan jawapan yang terhad. Jawapan bagi
Inferens Terkawal boleh dirujuk kepada Pembolehubah Dimanipulasi (PM).
Contoh:
Gambar di atas menunjukkan seekor lembu yang
diternak dalam tempoh lapan minggu
Pemerhatian
Lembu lebih besar berbanding minggu pertama
Inferens
1. Mendapat makanan yang berkualiti berbanding sebelumnya.
2. Kandang lebih bersih berbanding sebelumnya.
3. Mendapat rawatan penyakit berbanding sebelumnya.
PM(Inferens) merupakan penerangan/punca/sebab terjadinya perubahan dalam
PB(Pemerhatian).
Jika murid-murid berkesempatan, cuba buka pautan soalan di bawah. Fikir-fikirkan terlebih dahulu. Kita akan buat semasa kelas bersemuka nanti.
Setelah murid-murid memahami sub topik ini, Sila beralih ke sub topik seterusnya iaitu MERAMAL
MERAMAL
Baiklah sebelum muri-murid menyalin nota yang diberi, sila tonton video yang diberikan terlebih dahulu untuk memahami sub topik yang kita belajar. Sila klik pautan di bawah.
SILA Salin nota di bawah
Membuat jangkaan awal tentang sesuatu
peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu atau berdasarkan data.
PETUNJUK
1.
menggunakan bukti yang lepas atau ketika itu untuk menyatakan
apa yang mungkin akan berlaku
2.
membezakan ramalan daripada meneka
3.
menentukan hasil yang mungkin daripada sesuatu tindakan
4.
secara eksplisit menggunakan pola sebagai bukti bagi membuat
unjuran
5.
mengesahkan satu kenyataan mengenai apa yang akan berlaku atau
ditemui berdasarkan bukti atau pengalaman yang lepas
6.
mengekstrapolasi dan menyisipkan sebagai alat membuat ramalan
Contoh Soalan Meramal:
- Ramalkan ………
- Apakah yang dapat kamu ramalkan….
- Apa yang akan terjadi ……
- Ramalkan apa yang akan berlaku jika ……
Cara Menjawab Meramal:
- Dalam latihan, soalan membuat ramalan ada 3 jenis:
- Ramalan secara tepat
- Melibatkan pengiraan. Terdapat satu nombor dalam menulis jawapan. Cara menjawab:
- Tuliskan satu nombor, daripada pengiraan jika melibatkan pengiraan atau apabila melibatkan hukum Sains.
- Kalau ada unit, tulis unit.
- Ramalan secara anggaran atau julat tertentu
- Cara Menjawab: Tuliskan satu nombor daripada julat jawapan.
- Ramalan dengan menggunakan ayat.
- Tuliskan satu ayat yang jelas tentang ramalan yang dibuat.
- Mulakan ayat dengan Akan ......
- Ramalan secara tepat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan