Berkomunikasi (Baca dan faham)
Jika diandaikan proses-proses sains berlaku secara linear,
berkomunikasi ialah proses terakhir dalam jujukan tersebut. Sesuatu hasil
inkuiri (yang melibatkan proses-proses sains memerhati, menyoal, berhipotesis,
meramal, menyiasat, dan menafsir) akan dikomunikasikan sama ada secara input
atau secara output.
Komunikasi secara input adalah komunikasi dengan merekodkan
maklumat ke dalam bentuk-bentuk seperti catatan, rakaman, peta, graf, carta,
rajah, jadual, dan lukisan. Sementara komunikasi secara output adalah
penyampaian maklumat melalui percakapan, atau dengan menunjukkan catatan,
rakaman, peta, graf, carta, rajah, jadual, dan lukisan yang merekodkan maklumat
tersebut untuk pemerhatian lain.
Proses-proses sains pada hakikatnya berlaku dalam kitaran selagi
pemerhatian ada berlaku. Oleh yang demikian, proses sains berkomunikasi amatlah
hampir kedudukannya dengan memerhati, kerana sesuatu maklumat yang
dikomunikasikan daripada sesuatu sumber akan menjadi bahan untuk pemerhatian
lain. Maklumat komunikasi itu akan melalui suatu kitaran inkuiri yang baharu
pula; ia akan dihipotesiskan, disiasat, dan ditafsir, sebelum dikomunikasikan
selanjutnya untuk memenuhi pemerhatian berikutnya. Dengan kata lain, komunikasi
output proses inkuiri keadaan merupakan komunikasi input sesuatu proses inkuiri selanjutnya.
Terdapat banyak bentuk perekodan dan penyampaian maklumat. Ini
kerana sesetengah maklumat lebih sesuai dan berkesan, atau tersusun, apabila
dipersembahkan dalam bentuk tertentu. Misalnya, maklumat tentang kadar
kemalangan jalan raya yang dibentangkan dalam 2 bentuk berbeza iaitu teks dan
graf boleh menentukan sama ada pembacanya mudah untuk menggunakan proses-proses
sains bagi mencerap maklumat penting, membuat perbandingan, atau mengambil tindakan
untuk perkembangan proses-proses sainsnya daripada maklumat tersebut. Bentuk
maklumat justeru mempengaruhi keberkesanan penyampaian maklumat dan ketepatan
tafsiran yang dibuat.
Berkomunikasi sesungguhnya adalah suatu proses sains yang aktif
dan melayakkannya untuk diberi perhatian yang penting sebagai proses sains
utama.
Contoh am 1
Seorang pelancong bertanyakan arah ke suatu tempat kepada
seorang penduduk tempatan. Setelah penerangan diberikan, si pelancong hanya
menggeleng kebingungan. Penduduk tempatan tersebut lantas mengeluarkan
secebis kertas dan melukiskan sebuah peta ringkas. Kali ini, pelancong
itu tersenyum dan mengucapkan terima kasih sebelum beredar.
Tindakan penduduk tempatan menggunakan peta sebagai alat
penyampai maklumat arah ialah proses sains berkomunikasi.
Nota : Peta juga adalah suatu kaedah penyimpanan maklumat
sebagaimana graf, carta, rajah, jadual, dan lukisan.
Contoh 2
Apabila melakukan sesuatu ujikaji, antara perkara yang harus
disediakan dalam laporan amali adalah cara pemasangan radasnya. Paling
baik adalah kita melukiskan rajah berkenaan cara pemasangannya dan menyokong
rajah itu dengan penerangan bersesuaian.
Tindakan menggunakan
rajah (dan penerangan) sebagai alat untuk merekod dan
menyampaikan cara pemasangan radas tersebut ialah proses sains berkomunikasi.
Contoh am 3
Rakan-rakan serumah sewa begitu teruja mendengar perkongsian
Rafidah yang baru pulang dari melancong ke negeri atas angin. Sambil
menjawab soalan-soalan mereka, Rafidah menunjukkan gambar-gambar pemandangan dan
aktivitinya di sana yang sempat dirakamnya.
Tindakan Rafidah menunjukkan
gambar tersebut ialah proses sains berkomunikasi.
BERKOMUNIKASI (salin)
Menerima, memilih, menyusun
dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual,
graf, rajah atau model
PETUNJUK
1.bercakap, mendengar atau menulis untuk menjelaskan idea atau makna kepada
rakan
2.merekod maklumat daripada rujukan
3.melukis, melabel dan membuat nota
4.menggunakan simbol-simbol dan boleh menerangkan makna simbol-simbol berkenaan
5.menggunakan data, carta, graf dan jadual bagi menyampaikan maklumat
6.menyatakan soalan-soalan dengan jelas dan boleh memberi maklum balas
7.menggunakan bahan rujukan daripada pelbagai sumber
8.menulis laporan eksperimen supaya orang lain boleh mengulangi eksperimen
berkenaan
RUANG DAN MASA
Kemahiran
Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa (Salin)
- memerihalkan lokasi dengan masa
- memerihalkan perubahan arah dengan masa
- memerihalkan perubahan bentuk dengan masa
- memerihalkan perubahan berat dengan masa
- memerihalkan perubahan isipadu dengan masa
- memerihalkan jisim dengan masa
- menyusun peristiwa kejadian mengikut kronologi
- menentukan magnitud perubahan yang berlaku berdasarkan perubahan masa
- menentukan kedudukan objek dan menghuraikan kedudukannya di dalam ruang
- menghuraikan rupa bentuk objek apabila dlihat dari kedudukan yang berlainan
- menerangkan hubungan di antara masa dan jarak objek yang bergerak
conto Contoh (Tidak Salin)
Amin meletakkan ais ke dalam bekas dan suhu
ais diukur setiap 5 minit. Amin merekodkan Pemerhatian di dalam jadual 1.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan