Isi kandungan dalam buku teks ini kita akan bincang semasa kelas bersemuka nanti. Paling penting baca dan faham dulu apa yang dimaksudkan dengan kemahiran saintifik. Nota yang diberikan akan banyak membantu murid-murid bagi memahami topik yang kita belajar.
KEMAHIRAN SAINTIFIK
Pembelajaran merupakan proses menyiasat alam sekitar melalui kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Kaedah ini memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif disamping mendapatkan ilmu.
KEMAHIRAN PROSES SAINS
1.
Memerhati
Menggunakan penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul
maklumat tentang objek atau fenomena.
2. Mengukur dan Menggunakan Nombor
Dengan menggunakan alat dan radas.
3.
Membuat Inferens
Membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian dan bukti.
4.
Berkomunikasi
Mengemukakan idea melalui tulisan, graf, jadual dan rajah.
5.
Mengelas
Mengumpul objek berdasarkan ciri yang sepunya.
6.
Meramal dan Membuat Hipotesis
Membuat jangkaan dan penerangan tentang sesuatu peristiwa.
7.Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa
Memperlihatkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahan mengikut
masa.
8.
Mentafsir Maklumat
Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada
maklumat yang dikumpul.
9.
Mendefinisi Secara Operasi
Memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu
dilakukan dan diperhatikan.
10. Mengawal Pembolehubah
Dalam sesuatu penyiasatan, satu pembolehubah dimanipulasi untuk memerhati
hubungannya dengan pembolehubah yang lain. Pada masa yang sama, pembolehubah
yang lain dimalarkan.
11. Membuat Hipotesis
Sesuatu kenyataan umum yang ditakrifkan benar bagi menerangkan sesuatu
perkara atau peristiwa. Kenyataan ini perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya.
12. Mengeksperimen
Menguji sesuati hipotesis yang melibatkan kemahiran – kemahiran proses di atas.
BAHAGIAN 2
Bagi memahami dengan lebih lanjut mengenai topik yang cikgu ajar, murid-murid boleh merujuk kepada video pada pautan yang disediakan di bawah.
SEKIAN UNTUK KALI INI,
SILA BACA NOTA YANG DIBERIKAN DAN FAHAMI SAMPAI BILA BILA.
SELAMAT BELAJAR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan