Pengelasan haiwan bertulang belakang ataupun lebih dikenali sebagai vertebrata, dikelaskan kepada 5 kumpulan yang berbeza mengikut beberapa ciri iaitu kelas ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia

Antara beberapa ciri yang dipertimbangkan untuk pengelasan adalah beranak/ bertelur, berdarah panas/ berdarah sejuk, penggunaan insang/ paru-paru untuk bernafas dan beberapa ciri-ciri fizikal lain yang membezakan mereka antara satu sama lain.


IKAN
Tinggal di dalam air
Badan diliputi sisik yang berlendir
Mempunyai sirip, ekor dan badan aerdinamik untuk berenang
Bernafas melalui insang
Berdarah sejuk
Bertelur



AMFIBIA
Tinggal di darat dan air
Badan diliputi kulit lembap
Bernafas melalui peparu dan kulit lembap
Berdarah sejuk
Bertelur 



 REPTILIA
Hidup di darat dan air
Badan diliput kulit kering yang bersisik
Mempunyai gigi tajam dan tiada cuping telinga
Bernafas melalui paru-paru
Berdarah sejuk
Bertelur




 BURUNG
Hidup di darat
Badan diliputi bulu pelepah
Bernafas melalui peparu
Mempunyai paruh tanpa gigi
Berdarah panas
Bertelur



 MAMALIA
Tinggal di darat kecuali ikan paus dan lumba-lumba
Badan diliputi rambut atau bulu
Bernafas melalui peparu
Berdarah panas
Beranak 
   



Selamat Belajar