Tonton Video yang diberikan, faham betul-betul.


 

Salin dalam buku nota

Ciri-ciri Khusus Haiwan Vertebrata

1.      Selain organ pernafasan, cara pembiakan, litupan badan dan habitat juga ialah ciri-ciri khusus yang boleh digunakan untuk mengelaskan haiwan.

2.      Berdasarkan ciri-ciri khusus tersebut, haiwan vertebrata boleh dikelaskan kepada mamalia, reptelia, amfibia, burung dan ikan.

3.      Mamalia

1.      Organ pernafasan: peparu

2.      Cara pembiakan: melahirkan anak

3.      Litupan badan: berbulu halus

4.      Habitat: darat

5.      Contoh: rusa, kucing, kelawar, paus, lumba-lumba, platipus

4.      Amfibia

1.      Organ pernafasan: peparu dan kulit lembap

2.      Cara pembiakan: bertelur

3.      Litupan badan: kulit lembap

4.      Habitat: darat dan air

5.      Contoh: katak, sesilia, nuet, salamander

5.      Burung

1.      Organ pernafasan: peparu

2.      Cara pembiakan: bertelur

3.      Litupan badan: berbulu pelepah

4.      Habitat: darat

5.      Contoh: ayam, burung bangau

6.      Reptilia

1.      Organ pernafasan: peparu

2.      Cara pembiakan: bertelur

3.      Litupan badan: bersisik atau berkulit keras

4.      Habitat: kebanyakannya di darat

5.      Contoh: kura-kura, buaya

7.      Ikan

1.      Organ pernafasan: Insang

2.      Cara pembiakan: bertelur

3.      Litupan badan: bersisik

4.      Habitat: air

5.      Contoh: ikan puyu, ikan emas


Bagi menambah kefahaman murid-murid, sila jawab soalan kuiz yang diberikan.

KLIK UNTUK JAWAB KUIZ


Selamat Belajar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PDPR 7 DISEMBER 2021 (SELASA)

  Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa m...