TOPIK 5 : FOTOSINTESIS (21 JUN 2021-ISNIN)

Pada akhir P&P, murid-murid akan dapat: 

(i) Mengingat semula keperluan asas tumbuhan. (TP 1) 

(ii) Menyatakan fotosintesis ialah proses tumbuhan membuat makanan sendiri. (TP 2) 


Arahan.... Tonton video dibawah dan faham betul-betul. jika kurang faham ulang balik. Paling penting ingat apa yang murid-murid telah dengar.

.

Salin nota di bawah dalam buku latihan sains.

1. Tumbuhan bergerak balas kepada RANGSANGAN iaitu:
  • Air ( akar tumbuh ke arah air )
  • Cahaya Matahari ( pucuk, daun dan batang tumbuh ke arah cahaya matahari )
  • Graviti ( akar tumbuh ke arah tarikan graviti )
  • Sentuhan ( bahagian tumbuhan akan bergerak balas dengan menguncupkan daunnya)
2. Definisi Fotosintesis
  • Proses tumbuhan membuat makanannya sendiri
3. Apakah KEPERLUAN proses fotosintesis?
  •  Klorofil
  •  Karbon Dioksida ( Co2 )
  •  Cahaya Matahari
  •  Air ( H2O )
4. HASIL fotosintesis
  • Oksigen ( O2 )
  • Kanji (makanan)
5. KEPENTINGAN tumbuhan kepada Manusia dan Haiwan
  •  Sumber makanan kepada Manusia dan Haiwan
  •  Oksigen yang dibebaskan digunakan oleh Manusia dan Haiwan untuk Bernafas
6. KEISTIMEWAAN Tumbuhan
  • Dapat membuat makanannya sendiri

Arahan : Salin dan jawab latihan di bawah dalam buku latihan sains. 



Selesai latihan murid-murid boleh ambil gambar hantar kepada vikgu melalui WhatsApp peribadi atau emel kepada cikgu. emel cikgu seperti dibawah.

g-59081522@moe-dl.edu.my



SELAMAT BELAJAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PDPR 7 DISEMBER 2021 (SELASA)

  Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa m...