PDPR 27 SEPTEMBER 2021 ( ISNIN)

 Arahan : Baiklah murid-murid , terlebih dahulu cikgu mahu murid-murid tonton video sambungan minggu lepas. Perhati dan faham betul-betul. Setelah itu baca dan salin/tampal nota yang disediakan. 


(4) Konduktor dan penebat elektrik
  1. Setiap bahan bersifat sama ada konduktor atau penebat elektrik.
  2. Konduktor elektrik ialah bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.
  3. Penebat elektrik ialah bahan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik. 
Picture

(5) Konduktor dan Penebat Haba
  1. Terdapat bahan yang bersifat konduktor haba dan penebat haba.
  2. Konduktor haba ialah bahan yang membenarkan haba mengalir melaluinya dengan baik dan cepat.
  3. Penebat haba ialah bahan yang tidak membenarkan haba melaluinya dengan baik. 
Picture

(6) Kebolehan Penembusan Cahaya
  1. Setiap jenis bahan mempunyai kebolehan penembusan cahaya yang tersendiri.
  2. Bahan lut sinar ialah bahan yang membenarkan cahaya melaluinya.
  3. Bahan lut cahaya ialah bahan yang membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.
  4. Bahan legap ialah bahan yang menghalang cahaya melaluinya. 
Picture
Arahan : Baiklah murid-murid, seperti yang dijanjikan minggu lepas,  Hari ini cikgu sedikan kuiz  untuk pembelajaran minggu lepas dan hari ini. Masih ingat lagi pelajaran minggu lepas? Baiklah cuba jawab solan kuiz yang disediakan di bawah, klik sahaja perkataan KUIZ .

Tulis nama dan  markah yang diperolehi untuk direkod kemudian hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PDPR 7 DISEMBER 2021 (SELASA)

  Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa m...