Arahan : Tonton dan fahami video yang disediakan. Kemudian baca dan salin nota yang diberikan. 


10.2.1 Mesin Ringkas 

  1. Mesin ringkas ialah alat yang membantu kita melakukan kerja dengan lebih mudah dan cepat.
  2. Terdapat pelbagai jenis mesin ringkas di sekeliling kita.
  3. Setiap mesin ringkas mempunyai kegunaannya yang khusus.
  4. Jenis-Jenis mesin ringkas:
    1. Roda dan gandar. Roda dan gandar ialah alat yang terdiri daripada roda yang dipasang pada sebatang rod yang dinamakan gandar. Contohnya, pada tombol pintu.
    2. Tuas. Tuas ialah alat yang terdiri daripada sebatang rod yang diletakkan di atas fulkrum untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu beban objek. Contohnya, pada penyapu.
    3. Skru. Skru ialah alat yang berbentuk silinder beralur yang dapat dimasukkan ke atas sesuatu ruang dengan memutarkannya untuk menyatkan atau mengetatkan dua bahagian objek. Contohnya, pada botol dan penutupnya.
    4. Gear. Gear ialah alat yang terdiri daripada bahagian roda yang bergerigi. Contohnya, pada jam.
    5. Takal. Takal ialah alat yang terdiri daripada satu roda beralur yang membolehkan tali melaluinya untuk mengangkat atau menurunkan sesuatu beban. Contohnya, pada bidai.
    6. Satah condong. Satah condong ialah satu permukaan rata yang disendengkan dengan satu bahagian yang hujungnya diletakkan pada ketinggian yang berbeza. Contohnya, pada tangga.
    7. Baji. Baji ialah alat yang runcing pada satu hujungnya dan digunakan untuk memotong serta memegang dan memberhentikan sesuatu objek. Contohnya, pada pisau dan penyendal pintu. 

Contoh Mesin Ringkas

Arahan : Setelah selesai menonton dan menyalin nota, sila jawab soalan  yang diberikan dalam pautan di bawah. klik KUIZ / LATIHAN


Tulis nama dan  markah yang diperolehi untuk direkod kemudian hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PDPR 7 DISEMBER 2021 (SELASA)

  Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa m...