PDPR 1 NOVEMBER 2021 (ISNIN)

Arahan : Tonton dan fahami video yang disediakan. Kemudian baca dan salin nota yang diberikan. Gambar rajah di bawah nota tidak perlu salin. perhati dan fahami dengan baik.

Tajuk : 10  Mesin

10.1    Tuas

10.1.1  Mengenalpasti beban, fulkrum dan daya pada tuas dengan menjalankan aktiviti.

  1. Tuas digunakan untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu objek.
  2. Tuas terdiri daripada tiga bahagian, iaitu beban, fulkrum dan daya.
    1. Beban ialah berat sesuatu jasad.
    2. Fulkrum ialah suatu titik pada palang atau objek yang berfungsi sebagai pengimbang atau penyokong.
    3. Daya ialah tolakan dan tarikan ke atas sesuatu objek yang memberikan kesan.
  3. Contoh tuas: Membuka tin cat dengan pemutar skru.
    1. Penutup tin bertindak sebagai beban.
    2. Hujung pemutar skru yang menyentuh penutup tin ialah fulkrum.
    3. Tangan yang menolak pemutar skru ke bawah pula bertindak sebagai daya.
  4. Contoh aplikasi tuas:
    1. Menyapu sampah
    2. Mencabut paku
    3. Menyepit ais


Picture
Picture




Arahan : Jawab soalan  LATIHAN / KUIZ di bawah.

Tulis nama dan  markah yang diperolehi untuk direkod kemudian hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PDPR 7 DISEMBER 2021 (SELASA)

  Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa m...