TAJUK .
5.0 SIFAT CAHAYA (12 JULAI 2021)
Topik 5.1
CAHAYA BERGERAK LURUS
5.1.3 Mengeksperimen untuk menentukan faktor yang mempengaruhisaiz dan bentuk bayang-bayang.
Arahan: Murid-murid diminta menyalin atau mencetak nota yang diberi dibawah dan tampalkan didalam buku nota sains.
- Jarak di antara objek dengan sumber
cahaya
- Jarak di antara objek dengan skrin.
Faktor
1: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya.
- Tujuan:
Untuk menyiasat hubungan di antara jarak objek dengan sumber cahaya dan
saiz bayang-bayang.
- Hipotesis:
Semakin bertambah jarak di antara objek dengan sumber cahaya, semakin
berkurang saiz bayang-bayang.
- Pemboleh
ubah:
- Dimanipulasi:
Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
- Bergerak
balas: Saiz bayang-bayang
- Dimalarkan: Jarak di antara objek dengan skrin.
Kesimpulan:
Semakin bertambah jarak di antara objek dengan sumber cahaya, semakin berkurang
saiz bayang-bayang.
Faktor 2: Jarak
di antara objek dengan skrin.
- Tujuan:
Untuk menyiasat hubungan di antara jarak objek dengan skrin dan saiz
bayang-bayang.
- Hipotesis:
Semakin bertambah jarak di antara objek dengan skrin, semakin bertambah
saiz bayang-bayang.
- Pemboleh
ubah:
- Dimalarkan: Jarak di antara objek dengan sumber
cahaya
- Bergerak balas: Saiz bayang-bayang
- Dimanipulasi: Jarak di antara objek dengan skrin.
Kesimpulan: Semakin bertambah
jarak di antara objek dengan skrin, semakin bertambah saiz bayang-bayang.
Arahan : Supaya murid-murid lebih memahami apa yang dipelajari hari ini, sila tonton video di bawah.
Bagi menguji kefahaman murid-murid mengenai topik CAHAYA setakat yang telah kita pelajari, sila jawab soalan kuiz di pautan soalan kuiz.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan