PDPR 15 JULAI 2021 (KHAMIS)

TAJUK . 5.0  SIFAT CAHAYA  (15JULAI 2021)

Topik 5.1 CAHAYA BERGERAK LURUS 

Arahan : Nota di bawah murid-murid mesti salin

5.1.4  Faktor yang Mempengaruhi Bentuk Bayang-bayang

  1. Orientasi objek dan kedudukan sumber cahaya mempengaruhi bentuk bayang-bayang. 
  2. Bentuk bayang-bayang sesuatu objek bergantung kepada:
    1. Kedudukan/ Orientasi objek
      1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kedudukan objek dan bentuk bayang-bayang yang terhasil.
      2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan berubah apabila kedudukan/ objek berubah. 
    2. Kedudukan sumber cahaya
      1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kedudukan sumber cahaya dan bentuk bayang-bayang yang terhasil.
      2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan berubah apabila kedudukan sumber cahaya berubah. ​

Arahan : Supaya lebih memahami nota yang telah dibaca, murid-murid digalakkan untuk menonton video yang disediakan di bawah: 



Arahan : Bagi menguji kefahaman murid-murid mengenai topik  yang telah kita pelajari, sila jawab soalan kuiz di pautan soalan kuiz.

SOALAN KUIZ

Murid-murid boleh menghantar markah kepada cikgu untuk direkodkan.
Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.


Selamat Belajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PDPR 7 DISEMBER 2021 (SELASA)

  Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa m...