PDPR 26 JULAI 2021 (ISNIN)

Arahan : Salin nota dibawah dalam buku .

TAJUK . 5.0  SIFAT CAHAYA  

5.2 PANTULAN CAHAYA

5.2.1 Menyatakan cahaya boleh dipantulkan dengan menjalankan aktiviti. 

  1. Apabila melihat cermin, kita melihat imej kita terbentuk pada cermin. Fenomena ini dinamakan pantulan cahaya.
  2. Cahaya yang menyinari kamu sebenarnya dipantulkan ke arah cermin, dan cermin itu pula memantulkan imej ke arah mata kamu.
  3. Contoh-contoh fenomena pantulan cahaya:
    1. Imej terbentuk pada permukaan air.
    2. Imej terbentuk pada permukaan lantai berjubin.
    3. Imej terbentuk pada permukaan logam.
  4. Info Sains: Bulan bukan sumber cahaya. Bulan kelihatan bercahaya pada waktu malam kerana Bulan memantulkan cahaya Matahari ke arah Bumi.
Arahan : Bagi menambah kefahaman murid-murid, sila tonton video yang disediakan. Sambil itu murid-murid diminta merujuk buku teks muka surat 94 hingga 99.
* Soalan kuiz cikgu ada sediakan di bawah, sila jawaab dengan berhati-hati.


Murid-murid boleh menghantar markah kepada cikgu untuk direkodkan.
Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.


Selamat Belajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PDPR 7 DISEMBER 2021 (SELASA)

  Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa m...