PDPR 29 JULAI 2021 ( KHAMIS)

 Arahan : *Sila rujuk muka surat 94 hingga 99

TAJUK . 5.0  SIFAT CAHAYA  

5.2 PANTULAN CAHAYA

5.2.2 Memerihalkan kegunaan pantulan cahaya dalam kehidupan harian. 

5.2.3 Melukis gambar rajah sinar yang menunjukkan pantulan cahaya pada cermin.

Salin nota dibawah dalam buku .

Kegunaan Pantulan Cahaya

  1. Dalam kehidupan harian kita, banyak situasi yang melibatkan kegunaan pantulan cahaya. Perhatikan contoh di bawah.
    1. Cermin muka memantulkan cahaya dari muka ke mata kita.
    2. Cermin sisi membolehkan kita melihat objek di belakang dan di sisi kereta.
    3. Cermin cembung membolehkan pemandu melihat kenderaan lain yang terlindung daripada pandangannya untuk mengelakkan kemalangan.
    4. Cermin pergigian membantu doktor gigi untuk melihat keadaan gigi pesakit pada bahagian yang terlindung.
    5. Pelanggan di kedai kasut boleh melihat imej kasut yang dipakai melalui cermin yang diletakkan pada bahagian bawah.
    6. Pelanggan di kedai gunting rambut boleh melihat imej bahagian belakang kepalanya melalui cermin yang diletakkan di belakang.
    7. Tentera laut boleh melihat objek yang berada di permukaan laut dari dalam kapal selam dengan menggunakan periskop. Dua cermin dalam periskop memantulkan cahaya dari objek yang terhalang ke arah mata pemerhati.
  2. Terdapat bahagian yang berkilat pada lampu suluh supaya cahaya dapat dipantulkan dan kecerahan cahaya yang terhasil bertambah. 
Tidak perlu lukis gambar di bawah, cukup dengan tulis nama peralatan sahaja

Contoh alat yang berfungsi melalui pantulan cahaya.

Gambar Rajah Sinar ( Salin dan lukis )

  1. Apabila cahaya terkena pada permukaan yang rata dan licin seperti cermin muka, cahaya tersebut akan dipantulkan.
  2. Fenomena ini juga boleh dilukis dalam bentuk gambar rajah sinar seperti di bawah. 

Baiklah murid-murid, setelah semua selesai tugasan di atas sila KLIK SOALAN KUIZ di bawah. Selamat menjawab

SOALAN KUIZ

Murid-murid boleh menghantar markah kepada cikgu untuk direkodkan.
Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.


Selamat Belajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PDPR 7 DISEMBER 2021 (SELASA)

  Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa m...