PDPR 30 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)

 

Arahan : Baiklah murid-murid, hari ini kita akan pelajari tajuk perubahan bentuk tenaga. Tonton dan fahami betul-betul petikan video yang disediakan di bawah. 

 Perubahan Bentuk Tenaga


Arahan : Salin atau tampal nota yang disediakan dibawah. Jangan salin sahaja tapi baca biar ingat.

Tajuk : Perubahan bentuk Tenaga.

1.     Tenaga boleh berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.

2.     Simbol -> bermaksud berubah kepada.

3.     Simbol + bermaksud dan.

4.     Contoh perubahan bentuk tenaga:

a.  Semasa mengasuh basikal, tenaga kimia daripada makanan yang dimakan berubah kepada tenaga kinetik (pergerakan kaki dan basikal).
Tenaga kimia -> Tenaga kinetik

b.  Ketika menghidupkan televisyen, tenaga elektrik (di dalam litar elektrik televisyen) yang digunakan berubah kepada tenaga cahaya (imej) dan tenaga bunyi.
Tenaga elektrik -> Tenaga cahaya + Tenaga bunyi

c.  Semasa api menyala, tenaga kimia yang tersimpan dalam bahan bakar berubah kepada tenaga haba dan tenaga cahaya.
Tenaga kimia -> Tenaga haba + Tenaga cahaya

d. Semasa terjun dari papan terjun, tenaga keupayaan (kedudukan penerjun yang tinggi) berubah kepada tenaga kinetik (pergerakan penerjun) dan kemudian berubah kepada tenaga bunyi (bunyi percikan air).
Tenaga keupayaan -> Tenaga kinetik -> Tenaga bunyi

e. Ketika menyalakan lampu suluh, tenaga kimia yang tersimpan di dalam bateri berubah kepada tenaga elektrik (dalam litar elektrik lampu suluh). Kemudian, tenaga elektrik berubah kepada tenaga haba (mentol menjadi panas) dan tenaga cahaya (mentol menyala).
Tenaga kimia -> Tenaga elektrik -> Tenaga haba + Tenaga cahaya

f.     Ketika menggunakan kalkulator suria, tenaga suria yang diperoleh daripada Matahari berubah kepada tenaga elektrik (dalam litar kalkulator). Kemudan, tenaga elektrik berubah kepada tenaga cahaya (skrin memancarkan cahaya).
Tenaga suria -> Tenaga elektrik -> Tenaga cahaya

g. Ketika kenderaan bergerak, enjin kereta mengubah tenaga kimia yang tersimpan dalam bahan api fosil kepada tenaga kinetik (pergerakan kereta).
Tenaga kimia -> Tenaga kinetik

h. Tumbuh-tumbuhan membuat makanannya sendiri. Semasa fotosintesis, tumbuh-tumbuhan mengubah tenaga cahaya daripada Matahari kepada tenaga kimia yang tersimpan sebagai kanji.
Tenaga suria -> Tenaga kimia

i.  Semasa bermain papan luncur, pemain bermula dari tempat yang tinggi kemudian luncur kebawah. Apabila sampai ke penghujung, pemain akan berhenti pada kedudukan tertinggi seketika dan kemudian meneruskan pergerakannya semula.
Tenaga keupayaan -> Tenaga kinetik -> Tenaga keupayaan

Arahan : Bagi nota di atas jika murid-murid ambil modul yang disediakan baru baru ni. Sila tampal dalam buku. Jika tidak ambil modul, sila hafal dan ingat betul-betul. 
Setelah selesai menonton video dan menyalin / menampal nota, cuba murid-murid jawab soalan kuiz di bawah, fikir baik-baik sebelum menjawab. Jangan teka tapi fikir. Klik perkataan KUIZ.

KUIZ 

Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.

PDPR 26 OGOS 2021 (KHAMIS)

 Arahan : Baiklah murid-murid bagi memulakan pembelajaran kita pada hari ini, cikgu mahu kamu tonton video yang disediakan di bawah. Faham dan ingat betul-betul.


BENTUK TENAGA

 

Arahan : Salin atau tampal nota dibawah.

Bentuk Tenaga

  1. Bentuk Tenaga

    1. Terdapat pelbagai bentuk tenaga di sekeliling kita.
    2. Bentuk-bentuk tenaga:

    a.       Tenaga suria ialah tenaga yang diperoleh daripada Matahari.

      1. Tenaga haba ialah tenaga yang tersimpan pada objek yang mempunyai kepanasan.
      2. Tenaga cahaya ialah tenaga yang dihasilkan oleh objek yang memancarkan cahaya.
      3. Tenaga bunyi dihasilkan oleh objek yang bergetar.
      4. Tenaga elektrik ialah tenaga yang mengalir dalam litar elektrik yang lengkap.
      5. Tenaga kimia ialah tenaga yang tersimpan dalam bahan seperti makanan, bahan api, fosil, bio jisim atau bateri.
      6. Tenaga kinetic ialah tenaga yang dipunyai oleh objek yang bergerak.
      7. Tenaga keupayaan ialah tenaga yang tersimpan pada objek yang berada pada sesuatu ketinggian, diregangkan atau dimampatkan.
      8. Tenaga nuklear ialah tenaga yang terkandung dalam bahan nuklear seperti uranium.
Arahan : Setelah selesai menonton video dan menyalin nota, cuba murid-murid jawab soalan kuiz dibawah. klik pautan KUIZ. 


Murid-murid boleh menghantar markah kepada cikgu untuk direkodkan.
Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.

PDPR 23 OGOS 2021 (ISNIN)

 Arahan : Baiklah murid-murid- hari ini kita masuk tajuk baharu iaitu SUMBER DAN BENTUK TENAGA. terlebih dahulu cikgu nak murid-murid tonton petikan video yang disediakan. Faham betul-betul kemudian salin atau tampal nota yang disediakan dibawah video.


7.1 Sumber dan Bentuk Tenaga

7.1.1 Menyatakan maksud tenaga.

7.1.2 Memerihalkan pelbagai sumber tenaga melalui pemerhatian menerus ipelbagai media.

Tenaga dan Sumbernya

  1. Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja.
  2. Tenaga dapat diperoleh daripada pelbagai sumber.
  3. Sumber-sumber tenaga:

a.   Matahari merupakan sumber tenaga yang paling utama. Tenaga matahari boleh digunakan untuk menjanakan elektrik melalui panel suria.

    1. Air yang mengalir menggerakkan turbin di dalam empangan untuk menjanakan elektrik.
    2. Bio jisim ialah bahan daripada tumbuh-tumbuhan (kayuapi dan sisa tanaman) atau tinja haiwan yang digunakan untuk menghasilkan bahanapi dan menjanakan elektrik.
    3. Angin yang bertiup menggerakkan kincir angin untuk menjanakan elektrik.
    4. Bahan nuklear seperti uranium digunakan untuk menjanakan elektrik di stesen janakuasa nuklear.
    5. Bahan api fosil seperti petroleum, gas asli dan arang batu dibakar untuk menjanakan elektrik.
    6. Ombak menggerakkan turbin di dalam laut untuk menjanakan elektrik.
    7. Geoterma juga merupakan sumber tenaga yang diperoleh daripada haba batuan panas di bawah permukaan bumi untuk menjanakan elektrik. 
Arahan : Baca dan ingat nota dibawah, kepada yang telah ambil modul, sila tampal dalam buku tulis.


Murid-murid boleh menghantar markah kepada cikgu untuk direkodkan.
Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.


Selamat Belajar.




PDPR 19 OGOS 2021 (KHAMIS)

Arahan : Baiklah murid-murid- hari ini kita masih lagi dalam tajuk BUNYI. terlebih dahulu cikgu nak murid-murid tonton petikan video yang disediakan. Faham betul-betul kemudian salin atau tampal nota yang disediakan dibawah video.

TAJUK : 6.1 Bunyi

6.1.5  Menjana idea untuk menyelesaikan masalah bagi mengurangkan pencemaran bunyi.

Mengurangkan Pencemaran Bunyi

  1. Bunyi yang terlalu kuat atau bunyi yang tidak diingini dapat dikurangkan supaya lebih senyap atau kurang jelas.
  2. Contoh situasi:

a.    Petugas di landasan kapal terbang menggunakan pelindung telinga untuk melindungi telinga supaya tidak rosak akibat bunyi pesawat yang terlalu kuat.

    1.   Penyerap bunyi seperti permaidani, langsir dan tingkap dapat mengurangkan getaran bunyi.
    2.   Penggunaan pokok dapat membantu mengurangkan pencemaran bunyi di persekitaran kita.
  1. Untuk menghentikan bunyi pada jam loceng tanpa mematikan suisnya, kita boleh memberhentikan getaran pada bahagian penukul locengnya. 
Arahan : Setelah murid-murid siap menyalin atau menampal nota yang diberikan, cuba jawab soalan yang disediakan . klik pautan LATIHAN. Latihan ini meliputi semua tajuk kecil dalam tajuk BUNYI, termasuk yang kita belajar hari ini. Jawab semua 40 soalan.



LATIHAN

Murid-murid boleh menghantar markah kepada cikgu untuk direkodkan.
Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.


Selamat Belajar.



PDPR 16 OGOS 2021 (ISNIN)

 

Arahan : Salin Atau tampal nota yang diberikan

6.1 BUNYI

6.1.4  Memerihalkan bunyi yang berfaedah dan bunyi yang memudaratkan dalam kehidupan harian.

Bunyi yang Berfaedah dan Bunyi yang Memudaratkan

  1. Bunyi memberikan pelbagai kesan kepada kehidupan kita.
  2. Terdapat bunyi yang berfaedah dan bunyi yang memudaratkan kita.
  3. Contoh bunyi yang berfaedah:

a.      Bunyi suara membolehkan kita berkomunikasi.

    1. Bunyi muzik boleh menghiburkan.
    2. Bunyi siren ambulans memberikan isyarat kecemasan.
    3. Bunyi deringan telefon memberikan maklumat ada panggilan masuk.
  1. Contoh bunyi yang memudaratkan kita:
    1. Persekitaran yang bising menyebabkan kita sukar berkomunikasi.
    2. Bunyi bising kenderaan mengganggu ketenangan dan menyebabkan tekanan emosi.
    3. Bunyi bising yang didengar secara kerap atau terlalu kuat boleh menyebabkan masalah pendengaran.
  2. Kekuatan bunyi diukur dalam unit decibel (dB). Bunyi kuat yang melebihi 85 dB boleh merosakkan telinga kita. 
Arahan : Bagi menambahkan lagi pengetahuan murid-murid mengenai tajuk ini, tonton video yang disediakan dengan baik.


Murid-murid boleh menghantar markah kepada cikgu untuk direkodkan.
Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.


Selamat Belajar.


PDPR 12 OGOS 2021 ( KHAMIS)

 Arahan : Rujuk buku teks muka surat 115

Salin atau tampal, baca dan ingat betul-betul  nota yang diberikan.

6.1 Bunyi

6.1.3  Memberi contoh fenomena dalam kehidupan harian yang menunjukkan bunyi boleh dipantulkan.

Bunyi boleh dipantul

  1. Apabila bunyi terkena pada suatu permukaan yang keras, bunyi akan dipantulkan semula.
  2. Contoh pantulan bunyi di sekeliling kita:

a.      Bercakap di dalam bilik yang kosong

    1. Menjerit di dalam gua
    2. Menjerit di dalam dewan yang kosong

Fenomena Pantulan Bunyi

  1. Pantulan bunyi berlaku di sekeliling kita. Pantulan bunyi digunakan oleh manusia dan haiwan dengan pelbagai cara.
  2. Contoh fenomena pantulan bynyi:

a.      Gema: Gema ialah bunyi yang terhasil apabila bunyi dipantulkan pada permukaan yang keras.

    1. Ultrasonik: Ultrasonik ialah bunyi yang tidak dapat didengar oleh manusia tetapi dapat didengar oleh haiwan seperti kelawar, ikan lumba-lumba dan paus untuk memandu arah dan mengesan lokasi mangsa masing-masing. Dalam bidang perubatan, pantulan bunyi ultrasonik digunakan untuk mengesan organ di dalam badan pesakit atau bayi di dalam kandungan.
    2. Sonar: Sonar ialah teknologi pantulan bunyi ultrasonik yang digunakan untuk mengesan objek di dalam air. 

Arahan : Bagi menambah kefahaman murid-murid mengenai topik yang kita pelajari hari ini, sila tonton dan hayati penerangan dalam video di bawah. Selepas itu sila jawab soalan latihan yang disediakan dalam pautan di bawah video ini.



Murid-murid boleh menghantar markah kepada cikgu untuk direkodkan.
Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.


Selamat Belajar.

PDPR 9 OGOS 2021 (ISNIN)

Arahan : RUJUK BUKU TEKS MUKA SURAT 111 hingga 122

Baca dan salin atau Tampal nota yang diberi

6. 1 Bunyi

6.1.1  Menyatakan bunyi dihasilkan oleh getaran dengan menjalankan aktiviti.

6.1.2  Memerihalkan bunyi bergerak kesemua arah

Getaran dan Bunyi

  1. Bunyi dihasilkan oleh getaran.
  2. Bunyi dapat dihasilkan melalui beberapa cara:

a.      Tiupan: Apabila seruling ditiup, udara di dalam seruling bergetar.

    1. Ketukan: Apabila xilofon diketuk, xilofon bergetar.
    2. Petikan atau Gesekan: Tali yang dipetik atau digesek bergetar.
    3. Tepukan: Kepingan simbal bergetar apabila ditepuk. 

 Bunyi Bergerak

  1. ​Fariz, Teruni dan Mei Lan boleh mendengar bunyi loceng penjual aiskrim walaupun mereka berada pada kedudukan yang berbeza.
  2. Mereka boleh mendengar bunyi loceng daripada penjual aiskrim kerana bunyi bergerak ke semua arah.
Arahan : Tonton dan hayati betul-betul apa yang disampakan. kemudian cuba jawab soalan LATIHAN yang disediakan .

LATIHAN

Murid-murid boleh menghantar markah kepada cikgu untuk direkodkan.
Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.


Selamat Belajar.

PDPR 5 OGOS 2021 (KHAMIS)

 Arahan : *Sila rujuk muka surat 102 hingga 103


TAJUK . 5.0  SIFAT CAHAYA  

5.3 Pembiasan Cahaya

5.3.3 Memerihalkan pembentukan Pelangi dengan menjalankan aktiviti.

Arahan : Tonton dan perhatikan betul-betul maklumat yang diberikan, kemudian alin nota dibawah

 Pembentukan Pelangi

  1. Apabila Matahari memancarkan cahaya semasa atau selepas hujan, pelangi akan terbentuk.
  2. Apabila cahaya Mahatari terkena pada titisan air hujan, cahaya akan dibiaskan dan akan membentuk pelangi. 
  3. Cahaya matahari terdiri daripada 7 warna iaitu: merah, jingga, kuning, hijau, biru, Indigo, dan ungu.
  4. Pelangi adalah spektrum cahaya yang terjadi kerana pembiasan cahaya matahari oleh butir-butir air di atas langit.
  5. Biasanya pelangi boleh dilihat di daerah pegunungan atau ketika mendung atau ketika hujan baru berhenti turun.
  6. Pelangi terbentuk ketika cahaya matahari menembusi butiran air, ia membias seperti ketika melalui prisma kaca. Jadi di dalam titisan air, kita sudah mendapatkan warna yang berbeza memanjang dari satu sisi ke sisi titisan air yang lain. Cahaya berwarna ini kemudian dipantulkan dari sisi yang jauh pada titisan air, kembali dan keluar lagi dari titisan air.Cahaya keluar kembali dari titisan air ke arah yang berbeza, tergantung pada warnanya. Warna-warna pada pelangi ini terbias dan disusun dengan merah di bahagian paling atas dan ungu di bahagian paling bawah.

7 warna Pelangi.



Murid-murid boleh menghantar markah kepada cikgu untuk direkodkan.
Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.


Selamat Belajar.

 Arahan : *Sila rujuk muka surat 100 hingga 101

TAJUK . 5.0  SIFAT CAHAYA  

5.3 Pembiasan Cahaya

5.3.1 Menyatakan cahaya boleh dibiaskan melalui pemerhatian menerusi pelbagai media.

Arahan :  Baiklah terlebih dahulu cikgu mahu murid-murid menonton video di bawah, dengar dan faham betul betul. kemudian ingat apa yang telah diajar.

Arahan : Salin nota dan lukis gambar rajah di bawah.

Pembiasan Cahaya

  1. Cahaya dari sudu di dalam air dibiaskan apabila cahaya bergerak dari air ke udara. Keadaan ini menyebabkan imej sudu berubah ke atas dan kelihatan bengkok.
  2. Apabila cahaya bergerak melalui dua medium yang berbeza, arah pergerakan cahaya akan berubah. Fenomena ini dinamakan pembiasan cahaya.
  3. Untuk menjadikan saiz imej ikan yang dipamerkan di dalam akuarium kelihatan lebih besar daripada saiz asalnya, kita boleh menggunakan cermin yang lebih tebal kerana pembiasan cahaya membolehkan imej ikan menjadi lebih besar.


Arahan : Setelah selesai semua tugasan, sila jawab soalan yang disediakan di bawah. klik pada perkataan LATIHAN


Murid-murid boleh menghantar markah kepada cikgu untuk direkodkan.
Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.


Selamat Belajar.



PDPR 7 DISEMBER 2021 (SELASA)

  Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa m...