PDPR 30 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)

 

Arahan : Baiklah murid-murid, hari ini kita akan pelajari tajuk perubahan bentuk tenaga. Tonton dan fahami betul-betul petikan video yang disediakan di bawah. 

 Perubahan Bentuk Tenaga


Arahan : Salin atau tampal nota yang disediakan dibawah. Jangan salin sahaja tapi baca biar ingat.

Tajuk : Perubahan bentuk Tenaga.

1.     Tenaga boleh berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.

2.     Simbol -> bermaksud berubah kepada.

3.     Simbol + bermaksud dan.

4.     Contoh perubahan bentuk tenaga:

a.  Semasa mengasuh basikal, tenaga kimia daripada makanan yang dimakan berubah kepada tenaga kinetik (pergerakan kaki dan basikal).
Tenaga kimia -> Tenaga kinetik

b.  Ketika menghidupkan televisyen, tenaga elektrik (di dalam litar elektrik televisyen) yang digunakan berubah kepada tenaga cahaya (imej) dan tenaga bunyi.
Tenaga elektrik -> Tenaga cahaya + Tenaga bunyi

c.  Semasa api menyala, tenaga kimia yang tersimpan dalam bahan bakar berubah kepada tenaga haba dan tenaga cahaya.
Tenaga kimia -> Tenaga haba + Tenaga cahaya

d. Semasa terjun dari papan terjun, tenaga keupayaan (kedudukan penerjun yang tinggi) berubah kepada tenaga kinetik (pergerakan penerjun) dan kemudian berubah kepada tenaga bunyi (bunyi percikan air).
Tenaga keupayaan -> Tenaga kinetik -> Tenaga bunyi

e. Ketika menyalakan lampu suluh, tenaga kimia yang tersimpan di dalam bateri berubah kepada tenaga elektrik (dalam litar elektrik lampu suluh). Kemudian, tenaga elektrik berubah kepada tenaga haba (mentol menjadi panas) dan tenaga cahaya (mentol menyala).
Tenaga kimia -> Tenaga elektrik -> Tenaga haba + Tenaga cahaya

f.     Ketika menggunakan kalkulator suria, tenaga suria yang diperoleh daripada Matahari berubah kepada tenaga elektrik (dalam litar kalkulator). Kemudan, tenaga elektrik berubah kepada tenaga cahaya (skrin memancarkan cahaya).
Tenaga suria -> Tenaga elektrik -> Tenaga cahaya

g. Ketika kenderaan bergerak, enjin kereta mengubah tenaga kimia yang tersimpan dalam bahan api fosil kepada tenaga kinetik (pergerakan kereta).
Tenaga kimia -> Tenaga kinetik

h. Tumbuh-tumbuhan membuat makanannya sendiri. Semasa fotosintesis, tumbuh-tumbuhan mengubah tenaga cahaya daripada Matahari kepada tenaga kimia yang tersimpan sebagai kanji.
Tenaga suria -> Tenaga kimia

i.  Semasa bermain papan luncur, pemain bermula dari tempat yang tinggi kemudian luncur kebawah. Apabila sampai ke penghujung, pemain akan berhenti pada kedudukan tertinggi seketika dan kemudian meneruskan pergerakannya semula.
Tenaga keupayaan -> Tenaga kinetik -> Tenaga keupayaan

Arahan : Bagi nota di atas jika murid-murid ambil modul yang disediakan baru baru ni. Sila tampal dalam buku. Jika tidak ambil modul, sila hafal dan ingat betul-betul. 
Setelah selesai menonton video dan menyalin / menampal nota, cuba murid-murid jawab soalan kuiz di bawah, fikir baik-baik sebelum menjawab. Jangan teka tapi fikir. Klik perkataan KUIZ.

KUIZ 

Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PDPR 7 DISEMBER 2021 (SELASA)

  Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa m...