PDPR 2 SEPTEMBER 2021 (KHAMIS)

Arahan : Baiklah murid-murid, hari ini kita akan pelajari tajuk perubahan bentuk tenaga dalam kehidupan seharian serta tajuk tenaga tidak boleh dicipta dan tidak boleh dimusnahkan. Tonton dan fahami betul-betul petikan video yang disediakan di bawah. 

Perubahan Bentuk Tenaga

7.1.4 Menjelaskan melalui contoh perubahan bentuk tenaga dalam kehidupan seharian. 

7.1.5 Mengitlak tenaga tidak boleh dicipta dan tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh berubah bentuk.

Arahan : Nota di bawah boleh disalin / ditampal. Kemudian baca dan ingat untuk persediaan ujian nanti.

7.1.5  Tenaga Tidak Boleh Dicipta atau Dimusnahkan

  1. Semua perubahan yang berlaku di alam ini melibatkan tenaga.
  2. Tenaga boleh berubah bentuk kerana tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan.
  3. Motosikal yang bergerak mempunyai tenaga kinetik. Tenaga tidak boleh dicipta. Enjin motosikal hanya mengubah tenaga kimia daripada petrol kepada tenaga kinetik. Tenaga juga tidak boleh dimusnahkan. Semasa motosikal bergerak, sebahagian tenaga kinetiknya turut berubah kepada bentuk-bentuk tenaga yang lain seperti tenaga bunyi dan tenaga haba. Motosikal berbenti bergerak kerana semua tenaga kimia daripada petrol telah berubah sepenuhnya kepada bentuk-bentuk tenaga yang lain.
    Tenaga kimia -> Tenaga kinetik -> Tenaga haba + Tenaga bunyi
  4. Kesimpulan: Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnhkan, tetapi boleh berubah bentuk. 

Arahan : Selesai menonton video dan menyalin nota/ tampal nota yang diberi, cuba jawab soalan kuiz di bawah sebagai latihan bagi mengingat balik apa yang kita belajar. Kuiz untuk hari ni boleh juga dirujuk nota pada Isnin (20 September) lepas. Soalan dicampur dengan topik minggu lepas murid betul betul ingat apa yang dipelajari.


Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PDPR 7 DISEMBER 2021 (SELASA)

  Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa m...