PDPR 6 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)

Arahan : Baiklah murid-murid, hari ini kita akan pelajari  tajuk Tenaga Boleh Dibaharui dan Tidak Boleh Dibaharui. Tonton dan fahami betul-betul petikan video yang disediakan di bawah. 

7.0  Perubahan Bentuk Tenaga 

Arahan : Salin atau tampal nota di bawah.

7.2.1 Sumber Tenaga Boleh Dibaharui dan Tidak Boleh Dibaharui (muka surat 134)

  1. Sumber tenaga boleh dikelaskan kepada sumber tenaga boleh dibaharui dan sumber tenaga tang tidak boleh dibaharui.
  2. Sumber tenaga boleh dibaharui ialah sumber tenaga yang boleh dijana secara berterusan. Contoh:
    1. Matahari ialah sumber tenaga yang sentiasa ada.
    2. Ombak wujud secara semula jadi.
    3. Air sentiada ada di persekitaran.
    4. Angin tidak terhad dan sentiada ada.
    5. Bio jisim sentiasa ada kerana berasal daripada bahan semula jadi.
  3. Sumber tenaga tidak boleh dibaharui ialah sumber tenaga yang terhad dan tidak boleh dijana semula. Contoh:
    1. Bahan api fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum akan kehabisan suatu masa nanti.
    2. Bahan nuklear seperti uranium adalah terhad.
    3. Bateri akan kehabisan satu hari nanti.
  4. Biodiesel ialah bahan api yang dihasilkan daripada minyak sayuran atau lemak haiwan. Bermula Februari 2019, semua stesen minyak di Malaysia membekalkan munyak diesel yang dicampur dengan biodiesel sawit.
Arahan : Selesai menonton video dan menyalin nota/ tampal nota yang diberi, cuba jawab soalan kuiz di bawah sebagai latihan bagi mengingat balik apa yang kita belajar. 


Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PDPR 7 DISEMBER 2021 (SELASA)

  Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa m...