PDPR 7 SEPTEMBER 2021 (SELASA)

 

Arahan : Baiklah murid-murid, hari ini kita akan pelajari  tajuk Tenaga Boleh Dibaharui dan Tidak Boleh Dibaharui. Tonton dan fahami betul-betul petikan video yang disediakan di bawah. 

7.0  Perubahan Bentuk Tenaga 

7.2.2  Berhemat Menggunakan Tenaga

  1. Kebanyakan tenaga yang kita gunakan pada hari ini berasal daripada sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui.
  2. Untuk memastikan kita mempunyai sumber tenaga yang mencukupi pada masa yang akan datang, kita perlulah berhemat menggunakan tenaga.
  3. Berhemat bermaksud berjimat cermat. Berhemah bermaksud mempunyai budi perketi yang mulia.
  4. Cara-cara berhemat menggunakan tenaga:
    1. Tutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
    2. Gunakan peralatan yang kurang menggunakan tenaga.
    3. Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta.
    4. Kitar semula bahan yang terbuang.
  5. Kepentingan penggunaan sumber tenaga secara berhemat adalah:
    1. Menjimatkan kos penjanaan tenaga elektrik.
    2. Mengelakkan pembaziran sumber tenaga.
    3. Mengurangkan pencemaran alam sekitar 


Arahan : Selesai menonton video dan menyalin nota/ tampal nota yang diberi, cuba jawab soalan kuiz di bawah sebagai latihan bagi mengingat balik apa yang kita belajar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PDPR 7 DISEMBER 2021 (SELASA)

  Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa m...