PDPR 20 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)

TAJUK :  BAHAN

Arahan : Baiklah murid-murid , terlebih dahulu cikgu mahu murid-murid tonton ideo yang disediakan. Perhati dan faham betul-betul. Setelah itu baca dan salin/tampal nota yang disediakan. tampalkan sekali 2 gambarrajah yang cikgu sediakan bersama nota ini.


8.1.1  Sumber Asas Bahan

  1. Terdapat pelbagai objek yang digunakan dalam kehidupan harian kita.
  2. Objek tersebut diperbuat daripada pelbagai sumber asas speerti tumbuh-tumbuhan, haiwan, petroleum dan batuan.
  3. Tumbuh-tumbuhan:
    1. Pokok getah menghasilkan bahan getah. Contoh objek: tayar dan sarung tangan getah.
    2. Pokok balak menghasilkan bahan kayu. Contoh objek: almari kayu dan kerusi kayu.
    3. Pokok kapas menghasilkan bahan kapas. Contoh objek: baju dan tuala.
  4. Haiwan:
    1. Biri-biri menghasilkan bahan bulu biri-biri. Contoh objek: topi bulu dan sweater.
    2. Lembu menghasilkan bahan kulit lembu. Contoh objek: kasut kulit dan sofa kulit.
    3. Ulat sutera menghasilkan bahan kokun sutera. Contoh objek: tali leher sutera dan kain sutera.
  5. Petroleum:
    1. Petroleum ialah minyak berwarna hitam yang diperoleh dari dalam tanah untuk dijadikan petrol dan bahan-bahan lain. Petroleum terbentuk daripada hidupan yang telah mati berjuta-juta tahun dahulu.
    2. Minyak petroleum menghasilkan bahan plastik. Contoh objek: beg plastik dan botol plastik.
    3. Minyak petroleum juga menghasilkan bahan kain sintetik. Contoh objek: baju hujan dan khemah.
  6. Batuan:
    1. Logam menghasilkan bahan emas dan kuprum. Contoh objek: rantai emas, barang piuter dan duit syiling.
    2. Tanih menghasilkan bahan tanah liat. Contoh objek: mangkuk seramik dan batu bata.
    3. Tanih juga menghasilkan bahan pasir. Contoh objek: cermin dan botol kaca. 


Arahan : Setelah selesai menonoton video dan menyalin nota, cuba jawab soalan di bawah. Klik pada perkataan LATIHAN.


Tulis nama dan  markah yang diperolehi untuk direkod kemudian hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PDPR 7 DISEMBER 2021 (SELASA)

  Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa m...