PDPR 18 OKTOBER 2021

Arahan : Tonton dan fahami betul-betul video yang disediakan

9.2   Putaran dan Peredaran Bumi

9.2.1  Menyatakan Bumi berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar mengikut orbitnya mengelilingi Matahari. 

9.2.2  Memerihalkan putaran dan peredaran Bumi dari aspek arah dan tempoh. 


Arahan : Baca (ingat) dan salin nota di bawah.

9.2.1 Putaran dan Peredaran Bumi

  1. Bumi dan semua planet lain beredar mengelilingi Matahari mengikut orbit masing-masing.
  2. Bumi berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar mengikut orbitnya mengelilingi Matahari.
  3. Paksi ialah garis bayangan yang menghubungkan Kutub Utara dan Kutub Selatan. 

9.2.2  Arah dan Tempoh Semasa Putaran dan Peredaran Bumi

  1. Bumi berputar pada paksinya dari arah Barat ke Timur.
  2. Satu putaran lengkap mengambil masa 24 jam atau 1 hari.
  3. Bumi beredar mengelilingi Matahari pada orbitnya mengikut arah lawan jam.
  4. Satu peredaran lengkap mengambil masa 1 tahun atau 365 ¼ hari.


Tulis nama dan  markah yang diperolehi untuk direkod kemudian hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PDPR 7 DISEMBER 2021 (SELASA)

  Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa m...