Arahan : Tonton dan fahami video yang disediakan, kemudian salin nota di bawah. Gambar rajah nombor 1, sila lukis dan warnakan. Gambar rajah nombor 2 dan 3 sekadar untuk murid-murid menambah pengetahuan.
9.2 Putaran dan peredaran bumi
9.2.3 Memerihalkan kesan putaran Bumi pada paksinya dengan menjalankan aktiviti.
9.2.3 Kesan Putaran Bumi pada Paksinya
- Putaran bumi pada paksinya menyebabkan berlakunya beberapa kejadian:
- Kejadian siang dan malam
- Bahagian bumi yang menghadap Matahari akan mengalami siang.
- Bahagian bumi yang terlindung daripada cahaya Matahari akan mengalami malam.
- Kedudukan matahari kelihatan seperti berubah-ubah terbit dari Timur dan benam ke Barat
- Perubahan panjang dan arah bayang-bayang
- Kejadian siang dan malam
Arahan : Setelah selesai menonton, menyalin dan melukis gambar rajah, cuba murid-murid jawab soalan kuiz di bawah. klik pada KUIZ / LATIHAN..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan