PERHUBUNGAN RUANG DAN WAKTU

 

Assalamualaikum semua, Hari ini kita akan belajar mengenai perhubungan ruang dan masa.

Sila salin nota sehingga no 3 dan lukis gambar rajah yang diberi , fahami betul-betul nota yang cikgu bagi kemudian tonton video di pautan yang disediakan.


1.7    Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

Picture
  1. Menggunakan perhubungan ruang dan masa ialah kemahiran memerihalkan perubahan sesuatu kejadian atau fenomena berdasarkan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isi padu dan berat mengikut masa.
  2. Contoh, selepas 20 minit, ais krim sudah berubah bentuk, saiznya juga mengecil. Perubahan bentuk dan saiz aiskrim dinamakan perubahan parameter.
  3. Apabila masa bertambah, bentuk aiskrim menjadi tidak sekata dan saiznya semakin mengecil. Jadi, perhubungan ruang dan masa dalam situasi di atas adalah, apabila masa bertambah, bentuk aiskrim menjadi tidak sekata dan saiznya mengecil. 

CONTOH BAGI MENAMBAH KEFAHAMAN.



KLIK PAUTAN VIDEO DI BAWAH.

Soalan sains Topik 1.

Assalamualaikum murid-murid, bertemu lagi kita, kali ini cikgu nak anda semua menjawab soalan yang disediakan mengenai topik yang telah kita baca sebelum ini. Salin dan jawab dalam buku tulis soalan yang diberikan dibawah .

Selesai menjawab soalan, murid-murid boleh menyemak jawapan menerusi pautan kuiz yang cikgu sediakan di bawah.

 

Jawab semua 20 soalan yang diberikan

  Soalan 1

 

. Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena. 

‘Pilih  jawapan yang tepat

A- Memerhati

B- Mengelas

C- Meramal

D- Membuat Inferens


  •  Soalan 2

 

‘. "Menggunakan pelbagai deria" 
Pernyataan di atas berkaitan kemahiran proses sains __________

‘Pilih  jawapan yang tepat

A- Meramal

B- Memerhati

C- Membuat Inferens

D- Mengelas


  •  Soalan 3

 

‘. Saya membuat pemerhatian dengan menggunakan deria

‘Pilih  jawapan yang tepat

A- penglihatan, makanan, sentuhan, rasa atau bau. 

B- penglihatan, pendengaran, sentuhan, makanan atau bau. 

C- penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau minuman . 

D- penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau. 


  •  Soalan 4

 

‘. Menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau
fenomena berdasarkan ciri yang sama. 

‘Pilih  jawapan yang tepat

A- Memerhati

B- Membuat Inferens

C- Meramal

D- Mengelas


  •  Soalan 5

 

‘. "Mengesan persamaan dan perbezaan"
Pernyataan di atas merujuk kepada kemahiran proses sains ___________

‘Pilih  jawapan yang tepat

A- Berkomunikasi

B- Mengelas

C- Membuat Inferens

D- Meramal


  •  Soalan 6

‘. "Membanding masa, jarak, luas, dan isipadu dengan unit yang berkaitan"
Pernyataan di atas merujuk kepada kemahiran proses sains ___________

‘Pilih  jawapan yang tepat

A- Membuat Inferens

B- Berkomunikasi

C- Meramal

D- Mengukur dan menggunakan nombor


  •  Soalan 7

‘. Menggunakan nombor dan alat yang telah diseragamkan sebagai unit pengukuran. 

‘Pilih  jawapan yang tepat

A- Mengukur dan menggunakan nombor

B- Berkomunikasi

C- Meramal

D- Membuat Inferens


  •  Soalan 8

‘. Membuat jangkaan awal tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman lalu atau berdasarkan data. 

‘Pilih  jawapan yang tepat

A- Memerhati

B- Membuat Inferens

C- Meramal

D- Berkomunikasi


  •  Soalan 9

‘. Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar
untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian 

‘Pilih  jawapan yang tepat

A- Meramal

B- Mengelas

C- Berkomunikasi

D- Membuat Inferens


  •  Soalan 10


‘.

‘Pilih  jawapan yang tepat

A- Melakarkan spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat

B- Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul

C- Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat

D- Membersihkan peralatan dengan betul dan selamat


  •  Soalan 11


‘.

‘Pilih  jawapan yang tepat

A- Melakarkan spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat

B- Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul

C- Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat

D- Membersihkan peralatan dengan betul dan selamat


  •  Soalan 12 


‘.

‘Pilih  jawapan yang tepat

A- Melakarkan spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat

B- Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul

C- Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat

D- Membersihkan peralatan dengan betul dan selamat


  •  Soalan 13

 



‘.

‘Pilih  jawapan yang tepat

A- Melakarkan spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat

B- Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul

C- Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat

D- Membersihkan peralatan dengan betul dan selamat


  •  Soalan 14

 



‘.

‘Pilih  jawapan yang tepat

A- Melakarkan spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat

B- Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat

C- Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat

D- Membersihkan peralatan dengan betul dan selamat


  •  Soalan 15


Antara pemerhatian berikut, yang manakah dikumpul dengan menggunakan deria rasa?

‘Pilih  jawapan yang tepat

A- buah ciku berasa manis

B- bunga ros berbau harum

C- kulit epal berwarna hijau

D- permukaan buah oren kasar


  •  Soalan 16


Ramdan menjalankan satu penyiasatan tentang kekuatan magnet. Antara berikut, perkara manakah sesuai untuk diukur?

‘Pilih  jawapan yang tepat

A- isi padu magnet

B- panjang magnet

C- jarak klip kertas ditarik

D- jisim sekotak klip kertasa


  •  Soalan 17


Antara penyataan berikut, yang manakah berkaitan dengan kemahiran proses sains 'membuat inferens'?

‘Pilih  jawapan yang tepat

A- ketinggian anak benih ialah 12 cm.

B- dadu dan ais berbentuk kubus

C- kulit tembikai berwarna hijau

D- tumbuhan layu kerana kekurangan air


  •  Soalan 18

 

Riana menguji kebolehan tiga jenis bahan untuk menyerap air, bagaimanakah kebolehan bahan menyerap air didefinisikan secara operasi?

‘Pilih  jawapan yang tepat

A- perubahan panjang bahan selepas basuh

B- ketinggian air berwarna pada bahan

C- isi padu air berwarna yang tinggal di dalam bekas

D- jisim bahan selepas dikeluarkan dari air berwarna


  •  Soalan 19


Apa jenis pemboleh ubah???

A. dimanupulasikan

B. dimalarkan

C. hipotesis

D. bergerak balas

‘Pilih  jawapan yang tepat

A- A,B dan C

B- A,C dan D

C- A,B dan D

D- Semua


·  Soalan 20

Apakah kemahiran proses sains yang digunakan apabila kita memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isi padu, berat dan jisim dengan masa?

‘Pilih  jawapan yang tepat

A- Hipotesis

B- Perhubungan ruang dan masa.

C- Mendefinisi secara operasi

D- Mengawal pemboleh ubah

 



Klik pautan yang disediakan dibawah dan jawab soalan bagi menyemak soalan latihan yang dibuat. Bagi mengikuti kuiz dalam talian ini pastikan anda mendaftar menggunakan email.

Soalan Sains Topik 1 


Jika gagal berbuat demikian kita tunggu kelas bersemuka dan cikgu akan bimbing kamu menggunakan email peribadi masing-masing.

Jawapan bagi Topik 1

Jawapan Topik 1

TOPIK 1 - Baca dan faham





Isi kandungan dalam buku teks ini kita akan bincang semasa kelas bersemuka nanti. Paling penting baca dan faham dulu apa yang dimaksudkan dengan kemahiran saintifik. Nota yang diberikan akan banyak membantu murid-murid bagi memahami topik yang kita belajar.



KEMAHIRAN SAINTIFIK

Pembelajaran merupakan proses menyiasat alam sekitar melalui kaedah inkuiri dan penyelesaian  masalah. Kaedah ini memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran proses sains dan kemahiran  manipulatif disamping mendapatkan ilmu.





KEMAHIRAN PROSES SAINS

 

1.      Memerhati

Menggunakan penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang objek atau fenomena.

2.      Mengukur dan Menggunakan Nombor

Dengan menggunakan alat dan radas.

3.      Membuat Inferens

Membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian dan bukti.

4.      Berkomunikasi

Mengemukakan idea melalui tulisan, graf, jadual dan rajah.

5.      Mengelas

Mengumpul objek berdasarkan ciri yang sepunya.

6.      Meramal dan Membuat Hipotesis

Membuat jangkaan dan penerangan tentang sesuatu peristiwa.

 

7.Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

Memperlihatkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahan mengikut   masa.

 

8.      Mentafsir Maklumat

Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada  maklumat yang dikumpul.

9.      Mendefinisi Secara Operasi

Memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu  dilakukan  dan diperhatikan.

10.  Mengawal Pembolehubah

Dalam sesuatu penyiasatan, satu pembolehubah dimanipulasi untuk memerhati  hubungannya  dengan pembolehubah yang lain. Pada masa yang sama, pembolehubah  yang lain dimalarkan.

11.  Membuat Hipotesis

Sesuatu kenyataan umum yang ditakrifkan benar bagi menerangkan sesuatu  perkara atau  peristiwa. Kenyataan ini perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya.

12.  Mengeksperimen

Menguji sesuati hipotesis yang melibatkan kemahiran – kemahiran proses di atas.

 


BAHAGIAN 2

Bagi memahami dengan lebih lanjut mengenai topik yang cikgu ajar, murid-murid boleh merujuk kepada video pada pautan yang disediakan di bawah.


VIDEO 1

VIDEO 2


SEKIAN UNTUK KALI INI,

SILA BACA NOTA YANG DIBERIKAN DAN FAHAMI SAMPAI BILA BILA.

SELAMAT BELAJAR.

PDPR 7 DISEMBER 2021 (SELASA)

  Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa m...