MENGAWAL PEMBOLEHUBAH DAN MEMBUAT HIPOTESIS

 MENGAWAL PEMBOLEHUBAH

 (Salin dahulu kemudian tonton video untuk menambah kefahaman murid)

Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerakbalas dan pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

PETUNJUK

  1. Menentukan pemboleh ubah yang relevan dalam penyiasatan.
  2. Menentukan pemboleh ubah yang dimanipulasi, pemboleh ubah bergerakbalas dan pemboleh ubah dimalarkan.
  3. Menentukan apakah yang perlu dilakukan ke atas pemboleh ubah yang dimanipulasi.
  4. Menyatakan perubahan pada pemboleh ubah manipulasi memberi kesan kepada pemboleh ubah bergerakbalas.


 




MEMBUAT HIPOTESIS

(Salin dahulu kemudian tonton video untuk menambah kefahaman murid)

​Membuat sesuatu penyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang di fikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Penyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya.

PETUNJUK

  1. Membuat kesimpulan awal yang boleh diuji.
  2. Mencadangkan pernyataan umum yang difikirkan benar.
  3. Menggunakan pengetahuan sedia ada bagi membuat sesuatu penerangan.
  4. Mengenal pasti pemboleh ubah
  5. Membuat inferens yang munasabah
  6. Menentukan hubungan di antara dua pemboleh ubah berdasarkan inferens.

 


   


 


Mentafsir Data dan Mendefinisi Secara Operasi

 Mentafsir Data (Salin)

Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan

PETUNJUK

  1. mengumpul pelbagai data melalui pemerhatian untuk membuat pernyataan tentang maksudnya
  2. mengenal pasti pola atau corak yang terdapat berdasarkan maklumat yang diperoleh
  3. menyatakan hubungan di antara maklumat
  4. membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan
  5. membuat ekstrapolasi berdasarkan data yang dikumpulkan






Mendefinisi Secara Operasi (salin)


Memberi taksiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan

PETUNJUK

  1. mentaksir istilah dalam konteks pengalaman sendiri
  2. membuat pernyataan apa yang dilakukan dan apa yang diperhatikan



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>  >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

KOMUNIKASI , RUANG DAN MASA

 

Berkomunikasi (Baca dan faham)

Jika diandaikan proses-proses sains berlaku secara linear, berkomunikasi ialah proses terakhir dalam jujukan tersebut. Sesuatu hasil inkuiri (yang melibatkan proses-proses sains memerhati, menyoal, berhipotesis, meramal, menyiasat, dan menafsir) akan dikomunikasikan sama ada secara input atau secara output.

Komunikasi secara input adalah komunikasi dengan merekodkan maklumat ke dalam bentuk-bentuk seperti catatan, rakaman, peta, graf, carta, rajah, jadual, dan lukisan. Sementara komunikasi secara output adalah penyampaian maklumat melalui percakapan, atau dengan menunjukkan catatan, rakaman, peta, graf, carta, rajah, jadual, dan lukisan yang merekodkan maklumat tersebut untuk pemerhatian lain.

Proses-proses sains pada hakikatnya berlaku dalam kitaran selagi pemerhatian ada berlaku. Oleh yang demikian, proses sains berkomunikasi amatlah hampir kedudukannya dengan memerhati, kerana sesuatu maklumat yang dikomunikasikan daripada sesuatu sumber akan menjadi bahan untuk pemerhatian lain. Maklumat komunikasi itu akan melalui suatu kitaran inkuiri yang baharu pula; ia akan dihipotesiskan, disiasat, dan ditafsir, sebelum dikomunikasikan selanjutnya untuk memenuhi pemerhatian berikutnya. Dengan kata lain, komunikasi output proses inkuiri keadaan merupakan komunikasi input sesuatu proses inkuiri selanjutnya.

Terdapat banyak bentuk perekodan dan penyampaian maklumat. Ini kerana sesetengah maklumat lebih sesuai dan berkesan, atau tersusun, apabila dipersembahkan dalam bentuk tertentu. Misalnya, maklumat tentang kadar kemalangan jalan raya yang dibentangkan dalam 2 bentuk berbeza iaitu teks dan graf boleh menentukan sama ada pembacanya mudah untuk menggunakan proses-proses sains bagi mencerap maklumat penting, membuat perbandingan, atau mengambil tindakan untuk perkembangan proses-proses sainsnya daripada maklumat tersebut. Bentuk maklumat justeru mempengaruhi keberkesanan penyampaian maklumat dan ketepatan tafsiran yang dibuat.

Berkomunikasi sesungguhnya adalah suatu proses sains yang aktif dan melayakkannya untuk diberi perhatian yang penting sebagai proses sains utama.

Contoh am 1

Seorang pelancong bertanyakan arah ke suatu tempat kepada seorang penduduk tempatan. Setelah penerangan diberikan, si pelancong hanya menggeleng kebingungan. Penduduk tempatan tersebut lantas mengeluarkan secebis kertas dan melukiskan sebuah peta ringkas. Kali ini, pelancong itu tersenyum dan mengucapkan terima kasih sebelum beredar.

Tindakan penduduk tempatan menggunakan peta sebagai alat penyampai maklumat arah ialah proses sains berkomunikasi.

Nota : Peta juga adalah suatu kaedah penyimpanan maklumat sebagaimana graf, carta, rajah, jadual, dan lukisan.

 

Contoh 2

Apabila melakukan sesuatu ujikaji, antara perkara yang harus disediakan dalam laporan amali adalah cara pemasangan radasnya. Paling baik adalah kita melukiskan rajah berkenaan cara pemasangannya dan menyokong rajah itu dengan penerangan bersesuaian.

Tindakan menggunakan rajah (dan penerangan) sebagai alat untuk merekod dan menyampaikan cara pemasangan radas tersebut ialah proses sains berkomunikasi.

Contoh am 3

Rakan-rakan serumah sewa begitu teruja mendengar perkongsian Rafidah yang baru pulang dari melancong ke negeri atas angin. Sambil menjawab soalan-soalan mereka, Rafidah menunjukkan gambar-gambar pemandangan dan aktivitinya di sana yang sempat dirakamnya.

Tindakan Rafidah menunjukkan gambar tersebut ialah proses sains berkomunikasi.

BERKOMUNIKASI (salin)

Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model

PETUNJUK
1.bercakap, mendengar atau menulis untuk menjelaskan idea atau makna kepada rakan
2.merekod maklumat daripada rujukan
3.melukis, melabel dan membuat nota
4.menggunakan simbol-simbol dan boleh menerangkan makna simbol-simbol berkenaan
5.menggunakan data, carta, graf dan jadual bagi menyampaikan maklumat
6.menyatakan soalan-soalan dengan jelas dan boleh memberi maklum balas
7.menggunakan bahan rujukan daripada pelbagai sumber
8.menulis laporan eksperimen supaya orang lain boleh mengulangi eksperimen berkenaan

 


 

 

RUANG DAN MASA

Kemahiran Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa (Salin)

Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat, jisim dengan masa.
PETUNJUK
  1. memerihalkan lokasi dengan masa
  2. memerihalkan perubahan arah dengan masa
  3. memerihalkan perubahan bentuk dengan masa
  4. memerihalkan perubahan berat dengan masa
  5. memerihalkan perubahan isipadu dengan masa
  6. memerihalkan jisim dengan masa
  7. menyusun peristiwa kejadian mengikut kronologi
  8. menentukan magnitud perubahan yang berlaku berdasarkan perubahan masa
  9. menentukan kedudukan objek dan menghuraikan kedudukannya di dalam ruang
  10. menghuraikan rupa bentuk objek apabila dlihat dari kedudukan yang berlainan
  11. menerangkan hubungan di antara masa dan jarak objek yang bergerak

conto Contoh  (Tidak Salin)

           Amin meletakkan ais ke dalam bekas dan suhu ais diukur setiap 5 minit. Amin merekodkan Pemerhatian di dalam jadual 1.

 

                                 



SILA TONTON DAN FAHAMI


 

 


INFEREN DAN MERAMAL

 

ASSALAMUALAIKUM, terlebih dahulu murid-murid diminta menonton beberpa sedutan video supaya dapat memahami apa yang dipelajari bagi subtopik ini. Sila klik pautan video yang disediakan satu persatu.


INFERENS

VIDEO 1

VIDEO 2

VIDEO 3

VIDEO 4



Salin  nota yang berwarna kuning dalam kotak hitam sahaja  

Pemerhatian dan membuat inferens


Hari ini CIKGU akan berikan sedikit panduan atau penerangan kepada pelajar untuk menjawab soalan pemerhatian dan bagaimana cara untuk membuat inferens.Baiklah, kita mulakan dengan pemerhatian terlebih dahulu.

Pemerhatian ialah apa yang diperhatikan dengan menggunakan deria mata, telinga, sentuhan, bau dan lidah untuk mengesan perubahan keadaan asal lalu dibuat perbandingan terhadap sesuatu ujikaji, fenomena, gambarajah, jadual, graf,carta dan pernyataan ayat. Sebagai contoh,cuba perhatikan gambarajah di bawah.



contoh pemerhatian yang boleh diberikan berdasarkan gambar tersebut ialah
1. lembu A lebih kecil daripada lembu B.
2. lembu B lebih besar daripada lembu A.

Baiklah, sekarang kita akan teruskan lagi dengan bagaimana cara untuk membuat inferens.Tetapi sebelum itu,mari kita fahami apa yang dimaksudkan dengan inferens.Inferens ialah suatu penerangan/sebab yang logik berdasarkan Pemerhatian yang telah dibuat terhadap sesuatu fenomena/peristiwa.

Inferens terbahagi kepada dua iaitu :-
1. Inferens bebas/tidak terkawal - Sebarang Penerangan/Sebab/Alasan yang logik diperolehi daripada pengetahuan sedia ada, pengalaman lalu, atau pembacaan. Biasanya mempunyai lebih daripada 1 jawapan.


Sebagai contoh



Pemerhatian:
1. Lembu A lebih kecil daripada Lembu B
2. Lembu B lebih besar daripada Lembu A

Nyatakan satu inferans berdasarkan pemerhatian yang telah diberikan.
1. Lembu A tidak mendapat makanan yang cukup berbanding Lembu B.
2. Lembu A baka yang kecil berbanding Lembu B.
3. Lembu A berpenyakit berbanding Lembu B

2. Inferens Terkawal/Jitu – Penerangan / Sebab /Alasan jelas yang telah ditetapkan dengan jawapan yang terhad. Jawapan bagi Inferens Terkawal boleh dirujuk kepada Pembolehubah Dimanipulasi (PM).

Contoh:



Gambar di atas menunjukkan seekor lembu yang diternak dalam tempoh lapan minggu

Pemerhatian
Lembu lebih besar berbanding minggu pertama

Inferens
1. Mendapat makanan yang berkualiti berbanding sebelumnya.
2. Kandang lebih bersih berbanding sebelumnya.
3. Mendapat rawatan penyakit berbanding sebelumnya.

PM(Inferens) merupakan penerangan/punca/sebab terjadinya perubahan dalam PB(Pemerhatian).

Jika murid-murid berkesempatan, cuba buka pautan soalan di bawah. Fikir-fikirkan terlebih dahulu. Kita akan buat semasa kelas bersemuka nanti.

CONTOH SOALAN INFERENS

Setelah murid-murid memahami sub topik ini, Sila beralih ke sub topik seterusnya iaitu MERAMAL


MERAMAL

Baiklah sebelum muri-murid menyalin nota yang diberi, sila tonton video yang diberikan terlebih dahulu untuk memahami sub topik yang kita belajar. Sila klik pautan di bawah.

VIDEO 1

VIDEO 2

SILA Salin nota di bawah 




Membuat jangkaan awal tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu atau berdasarkan data.

PETUNJUK

1.    menggunakan bukti yang lepas atau ketika itu untuk menyatakan apa yang mungkin akan berlaku

2.    membezakan ramalan daripada meneka

3.    menentukan hasil yang mungkin daripada sesuatu tindakan

4.    secara eksplisit menggunakan pola sebagai bukti bagi membuat unjuran

5.    mengesahkan satu kenyataan mengenai apa yang akan berlaku atau ditemui berdasarkan bukti atau pengalaman yang lepas

6.    mengekstrapolasi dan menyisipkan sebagai alat membuat ramalan


Contoh Soalan Meramal:

  1. Ramalkan ………
  2. Apakah yang dapat kamu ramalkan….
  3. Apa yang akan terjadi ……
  4. Ramalkan apa yang akan berlaku jika ……

Cara Menjawab Meramal:

  1. Dalam latihan, soalan membuat ramalan ada 3 jenis:
    1. Ramalan secara tepat
      1. Melibatkan pengiraan. Terdapat satu nombor dalam menulis jawapan. Cara menjawab:
      2. Tuliskan satu nombor, daripada pengiraan jika melibatkan pengiraan atau apabila melibatkan hukum Sains.
      3. Kalau ada unit, tulis unit.
    2. Ramalan secara anggaran atau julat tertentu
      1. Cara Menjawab: Tuliskan satu nombor daripada julat jawapan.
    3. Ramalan dengan menggunakan ayat.
      1. Tuliskan satu ayat yang jelas tentang ramalan yang dibuat.
      2. Mulakan ayat dengan Akan ......

KEMAHIRAN MENGELAS, MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR

 

Kemahiran Mengelas



TONTON VIDEO YANG DISEDIAKAN DAHULU

KLIK VIDEO 1

KLIK VIDEO 2



Takrif
           Mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing 

berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri, kualiti atau sifat sepunya.

Penguasaan kemahiran ini membolehkan anda....
menyusun sesuatu mengikut peraturan umum.
belajar sesuatu yang baru dengan mudah hanya dengan membandingkan ciri-cirinya dengan pengelasan yang sedia ada.
menyedari bahawa pelbagai cara boleh digunakan untuk mengelas sesuatu objek atau peristiwa.
menyedari bahawa pengelasan menjadikan kefahaman tentang sesuatu lebih tersusun.

Anda sedang mengenalpasti ciri-ciri sepunya jika anda.......
memberi ciri-ciri objek atau item.
mendapatkan ciri-ciri objek atau item.
menyenaraikan ciri-ciri objek atau item.
menentukan ciri-ciri objek atau item.

Anda sedang membuat pengelasan ciri-ciri apabila anda.....
mengumpul ciri-ciri mengikut kategori.
mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan ciri-ciri objek atau item.
mengkaji ciri-ciri sepunya pada objek atau item.
menyusun objek atau item mengikut kumpulan.
membahagikan objek atau item dalam kumpulan kecil berdasarkan ciri-ciri yang sama.
mencari perkaitan antara ciri-ciri objek atau item.
mengkaji perkaitan antara ciri-ciri atau item.

Jadual berkala adalah satu contoh pengelasan unsur-unsur. Adakah anda masih ingat bagaimana unsur-unsur itu tersusun?

Aktiviti 1:


       

                                                              Gambar rajah 1
Dapatkah anda mengesan berapa pengelasan yang terdapat dalam Gambar rajah 1? nyatakan dan hurai 3 pengelasan tersebut.



Aktiviti 2: Kenal pasti objek-objek di sekeliling anda. Adakah ia sejenis mesin ringkas? Buat pengelasan mesin ringkas merujuk kepada objek-objek berkenaan.

 

 LATIHAN 1

LATIHAN 2

LATIHAN 3

LATIHAN 4

LATIHAN 5

LATIHAN 6


Kemahiran Mengukur dan Menggunakan Nombor



SILA TONTON VIDEO INI TERLEBIH DAHULU SELEPAS ITU BACA NOTA YANG DISEDIAKAN

SILA KLIK UNTUK TONTON VIDEO



Takrif
          Kemahiran yang melibatkan penggunaan nombor dalam pengukuran semasa membuat pemerhatian kuantitatif. Kebolehan mengguna nombor dan unit-unit pengukuran yang tepat adalah penting dalam mengukur atau menyukat.

Adalah penting bagi anda menguasai kemahiran ini. Penguasaan kemahiran ini membolehkan anda.....
mengguna alat ukuran yang tepat.
menganggar jarak, luas dan isipadu dalam situasi dalam situasi yang memerlukannya.
membuat ramalan atau inferens dengan lebih tepat.
memperkembangkan kemahiran mengira.
menggunakannya dalam kemahiran proses yang lain.
membiasakan diri dengan ukuran-ukuran am yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Anda sedang mengguna kemahiran ini apabila anda......
mengguna alat pengukur.
mengguna nombor untuk merekod ukuran dan fenomena.
mencatat bacaan yang diambil.
mencatat unit bagi ukuran yang dibuat.
membuat pengiraan berdasarkan bacaan yang diperolehi.
mengguna skala dan nisbah.

Aktiviti: Perhatikan objek-objek yang terdapat di rumah anda . Bolehkah objek-objek itu membantu anda mengukur? Jika boleh, apakah objek itu ? Apakah yang boleh diukurnya? Cuba namakan alat yang terdapat di bilik sains atau makmal sains yang mempunyai fungsi yang sama.

 LATIHAN 1

LATIHAN 2

PDPR 7 DISEMBER 2021 (SELASA)

  Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa m...