PDPR 26 OKTOBER 2021 (SELASA)


Arahan : Baiklah murid-murid, hari ini cikgu sediakan beberapa video sebagai menambah kefahaman murid-murid sebelum kita masuk tajuk baru minggu depan. Tonton hingga murid-murid faham konsep putaran bumi dan dapat menyatakan semula secara lisan dan bertulis.

9.2  Putaran dan peredaran bumi

9.2.3  Memerihalkan kesan putaran Bumi pada paksinya dengan menjalankan aktiviti.

9.2.4   Menjelaskan pemerhatian tentang putaran dan peredaran Bumi melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. 




Arahan : Hari ini tiada soalan dan nota. 40 soalan yang cikgu bagi kelmarin harap murid-murid dapat menjawab dengan baik.

Jumpa lagi minggu depan

PDPR 25 OKTOBER 2021 ( ISNIN )

 

Arahan : Tonton dan fahami video yang disediakan, kemudian salin nota di bawah. Gambar rajah nombor 1, sila lukis dan warnakan. Gambar rajah nombor 2 dan 3 sekadar untuk murid-murid menambah pengetahuan.

9.2  Putaran dan peredaran bumi

9.2.3  Memerihalkan kesan putaran Bumi pada paksinya dengan menjalankan aktiviti.

9.2.3 Kesan Putaran Bumi pada Paksinya

  1. Putaran bumi pada paksinya menyebabkan berlakunya beberapa kejadian:
    1. Kejadian siang dan malam
      1. Bahagian bumi yang menghadap Matahari akan mengalami siang.
      2. Bahagian bumi yang terlindung daripada cahaya Matahari akan mengalami malam.
    2. Kedudukan matahari kelihatan seperti berubah-ubah terbit dari Timur dan benam ke Barat
    3. Perubahan panjang dan arah bayang-bayang

Picture

Arahan : Setelah selesai menonton, menyalin dan melukis gambar rajah, cuba murid-murid jawab soalan kuiz di bawah. klik pada KUIZ / LATIHAN..

Tulis nama dan  markah yang diperolehi untuk direkod kemudian hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.

PDPR 18 OKTOBER 2021

Arahan : Tonton dan fahami betul-betul video yang disediakan

9.2   Putaran dan Peredaran Bumi

9.2.1  Menyatakan Bumi berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar mengikut orbitnya mengelilingi Matahari. 

9.2.2  Memerihalkan putaran dan peredaran Bumi dari aspek arah dan tempoh. 


Arahan : Baca (ingat) dan salin nota di bawah.

9.2.1 Putaran dan Peredaran Bumi

  1. Bumi dan semua planet lain beredar mengelilingi Matahari mengikut orbit masing-masing.
  2. Bumi berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar mengikut orbitnya mengelilingi Matahari.
  3. Paksi ialah garis bayangan yang menghubungkan Kutub Utara dan Kutub Selatan. 

9.2.2  Arah dan Tempoh Semasa Putaran dan Peredaran Bumi

  1. Bumi berputar pada paksinya dari arah Barat ke Timur.
  2. Satu putaran lengkap mengambil masa 24 jam atau 1 hari.
  3. Bumi beredar mengelilingi Matahari pada orbitnya mengikut arah lawan jam.
  4. Satu peredaran lengkap mengambil masa 1 tahun atau 365 ¼ hari.


Tulis nama dan  markah yang diperolehi untuk direkod kemudian hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.

PDPR 12 OKTOBER 2021

Arahan : Tonton dan fahami penerangan video di bawah. Kemudian baca dan salin nota yang diberikan. Gambar kalau tak lukis tak apa.

9.1.2  Daya Tarikan Graviti Bumi

  1. Graviti bumi ialah daya yang menarik objek ke arah pusat bumi.
  2. Tanpa daya tarikan graviti bumi, semua objek akan terapung di udara.
  3. Semua objek di Bumi dapat berada pada kedudukannya kerana adanya daya tarikan graviti bumi.
Picture


​9.1.3  Kepentingan Daya Tarikan Graviti Bumi

  1. Daya tarikan graviti bumi penting untuk mengekalkan objek pada kedudukannya.
  2. Daya tarikan graviti bumi menyebabkan objek tidak terapung di udara dan kekal berada pada kedudukannya. 
Picture


Arahan : Oleh kerana sudah banyak soalan berkenaan graviti bumi cikgu beri, hari ini cikgu tidak sediakan soalan. Murid-murid yang dapat markah rendah boleh jawab semula soalan yang cikgu sediakan sebelum ini dalam pautan yang lepas.

PDPR 11 OKTOBER 2021

Arahan : Baiklah murid-murid, pada hari ini kita masih lagi dibawah tajuk graviti bumi, Di bawah ini ada DUA lagi video yang cikgu mahu murid-murid tonton dan fahami betul-betul. 

 9.1  GRAVITI BUMI

9.1.1  Memerihalkan daya tarikan gravitI bumi berdasarkan pemerhatian dengan menjalankan aktiviti.

Arahan : Baiklah murid-murid. setelah selesai menonton video di atas, cuba murid-murid jawab soalan kuiz di bawah

KUIZ 1

KUIZ 2

KUIZ 3

Tulis nama dan  markah yang diperolehi untuk direkod kemudian hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.


PDPR 5 OKTOBER 2021

Arahan : Baiklah murid-murid, hari ini kita akan masuk topik baru iaitu BUMI, Tonton dah fahami betul-betul video di bawah.

9.1  GRAVITI BUMI

9.1.1  Memerihalkan daya tarikan gravity bumi berdasarkan pemerhatian dengan menjalankan aktiviti.

9.1.1 Graviti Bumi

Picture

  1. ​Setiap objek yang dilambung ke atas akan jatuh semula ke bawah.
  2. Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah pusat bumi oleh suatu daya yang dinamakan daya tarikan graviti bumi.
  3. Graviti atau gravitas dalam bahasa Latin bermaksud berat. Daya tarikan graviti ada pada semua objek.
  4. Tanpa graviti, angkasa akan terapung di udara. Oleh sebab itu, angkasawan perlu memakai pakaian khas dan menggunakan peralatan khas untuk urusan harian supaya objek di sekelilingnya tidak terapung. 

Arahan ; Baiklah sebaik sahaja selesai menonton dan menyalin/menampal nota cuba selesaikan latihan di bawah. Klik pada perkataan LATIHAN.

Tulis nama dan  markah yang diperolehi untuk direkod kemudian hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.



PDPR 4 OKTOBER 2021

 

Arahan :  Baiklah murid-murid, hari ini cikgu ada menyediakan beberapa set latihan sebelum kita masuk ke tajuk baru esok. Nota yang cikgu sediakan untuk pdpr hari ini, murid-murid boleh tampal dalam buku selepas ini. 

Sebelum menjawab latihan yang disediakan, murid-murid boleh  tonton terlebih dahulu video yang disediakan untuk menanmbah pengayaan bagi topik yang kita pelajari.


Arahan : Klik pada setiap LATIHAN untuk menjawab:

LATIHAN 1

LATIHAN 2

LATIHAN 3

LATIHAN 4

Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.


PDPR 7 DISEMBER 2021 (SELASA)

  Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa m...