PDPR 30 NOVEMBER 2021 (SELASA)

 

Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2.3. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa murid-murid dikehendaki klik pada pautan yang telah disediakan

TOPIK 2.3 :  MANUSIA BERGERAKBALAS TERHADAP RANGSANGAN

LATIHAN 1

LATIHAN 2

Tulis nama dan  markah yang diperolehi untuk direkod kemudian hantar ke emel cikgu.


KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Mengulangkaji.

PDPR 29 NOVEMBER 2021 (ISNIN)

Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa murid-murid dikehendaki klik pada pautan yang telah disediakan

TOPIK 2 :  PERKUMUHAN DAN PENYAHTINJAAN

LATIHAN 1

LATIHAN 2

Tulis nama dan  markah yang diperolehi untuk direkod kemudian hantar ke emel cikgu.


KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Mengulangkaji.

PDPR 23 NOVEMBER 2021 (SELASA)

 

Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa murid-murid dikehendaki klik pada pautan yang telah disediakan

TOPIK 2 :  Pernafasan Manusia

Latihan 1

Latihan 2

Tulis nama dan  markah yang diperolehi untuk direkod kemudian hantar ke emel cikgu.


KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.


PDPR 22 NOVEMBER 2021 (ISNIN)



Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 1. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa murid-murid dikehendaki klik pada pautan yang telah disediakan

TOPIK 1

Kemahiran proses Sains.


Latihan 1

Latihan 2

.Tulis nama dan  markah yang diperolehi untuk direkod kemudian hantar ke emel cikgu.


KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.

PDPR 16 NOVEMBER 2021 (SELASA)

Arahan : Baiklah murid-murid, topik mesin merupakan topik terakhir untuk sukatan mata pelajaran sains Tahun 4. Hari ini cikgu akan bagi buku nota dan soalan untuk topik tersebut. Murid-murid boleh baca dan ingat elok-elok untuk ujian nanti. Sila klik perkataan nota mesin di bawah.



Nota Mesin 

Arahan : Setelah selesai membaca nota, sila jawab soalan  yang diberikan dalam pautan di bawah. klik   Latihan / Kuiz.

Latihan / Kuiz

Tulis nama dan  markah yang diperolehi untuk direkod kemudian hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.

PDPR 15 NOVEMBER 2021 ( ISNIN )

 Arahan : Tonton video dibawah, fahamkan dan ingat maklumat-maklumat penting. Kemudian salin nota ringkas di bawah video.

10.2.3  Merumuskan maksud mesin kompleks.



10.2.3 Mesin Kompleks

  1. Sesetengah alat yang digunakan dalam kehidupan harian kita terdiri daripada gabungan beberapa jenis mesin ringkas.
  2. Alat yang terdiri daripada gabungan lebih daripada satu mesin ringkas merupakan satu mesin kompleks.
  3. Mesin kompleks yang lebih baik ialah mesin yang mempunyai ciri lestari, iaitu mesin yang tahan lama, tidak mudah rosak, mengguntungkan tidak memberikan kesan buruk kepada alam sekitar, mudah dan selamat digunakan.
  4. Contoh mesin lestari ialah basikal, kerana basikal mudah digunakan dan tidak memerlukan bahan api dosil untuk menggerakkannya. Oleh sebab itu, basikal tidak akan mencemarkan alam sekitar. 
  5. Contoh-contoh mesin kompleks: 
  6. Picture
Arahan : Setelah selesai menonton dan menyalin nota, sila jawab soalan  yang diberikan dalam pautan di bawah. klik KUIZ / LATIHAN


PDPR 9 NOVEMBER 2021 (SELASA)

 Arahan : Tonton video dibawah, fahamkan dan ingat maklumat-maklumat penting. Kemudian salin nota ringkas di bawah video.

10.2  Mesin Ringkas 

10.2.2  Menyelesaikan masalah dengan menggunakan dua atau lebih mesin ringkas.


10.2.2 Mesin Ringkas Menyelesaikan Masalah

  1. Masalah harian dapat diselesaikan dengan menggunakan mesin ringkas.
  2. Lebih banyak mesin ringkas yang digunakan, lebih mudah dan cepat kerja dapat dilakukan.

Arahan : Setelah selesai menonton dan menyalin nota, sila jawab soalan  yang diberikan dalam pautan di bawah. klik KUIZ / LATIHAN

 Arahan : Tonton dan fahami video yang disediakan. Kemudian baca dan salin nota yang diberikan. 


10.2.1 Mesin Ringkas 

  1. Mesin ringkas ialah alat yang membantu kita melakukan kerja dengan lebih mudah dan cepat.
  2. Terdapat pelbagai jenis mesin ringkas di sekeliling kita.
  3. Setiap mesin ringkas mempunyai kegunaannya yang khusus.
  4. Jenis-Jenis mesin ringkas:
    1. Roda dan gandar. Roda dan gandar ialah alat yang terdiri daripada roda yang dipasang pada sebatang rod yang dinamakan gandar. Contohnya, pada tombol pintu.
    2. Tuas. Tuas ialah alat yang terdiri daripada sebatang rod yang diletakkan di atas fulkrum untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu beban objek. Contohnya, pada penyapu.
    3. Skru. Skru ialah alat yang berbentuk silinder beralur yang dapat dimasukkan ke atas sesuatu ruang dengan memutarkannya untuk menyatkan atau mengetatkan dua bahagian objek. Contohnya, pada botol dan penutupnya.
    4. Gear. Gear ialah alat yang terdiri daripada bahagian roda yang bergerigi. Contohnya, pada jam.
    5. Takal. Takal ialah alat yang terdiri daripada satu roda beralur yang membolehkan tali melaluinya untuk mengangkat atau menurunkan sesuatu beban. Contohnya, pada bidai.
    6. Satah condong. Satah condong ialah satu permukaan rata yang disendengkan dengan satu bahagian yang hujungnya diletakkan pada ketinggian yang berbeza. Contohnya, pada tangga.
    7. Baji. Baji ialah alat yang runcing pada satu hujungnya dan digunakan untuk memotong serta memegang dan memberhentikan sesuatu objek. Contohnya, pada pisau dan penyendal pintu. 

Contoh Mesin Ringkas

Arahan : Setelah selesai menonton dan menyalin nota, sila jawab soalan  yang diberikan dalam pautan di bawah. klik KUIZ / LATIHAN


Tulis nama dan  markah yang diperolehi untuk direkod kemudian hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.




PDPR 2 NOVEMBER 2021 (SELASA)

 Arahan : Tonton dan fahami video yang disediakan. Kemudian baca dan salin nota yang diberikan. 

Tajuk : 10  Mesin

10.1    Tuas

10.1.2  Mengitlak hubungkait jarak beban dari fulkrum dengan daya yang diperlukan.

10.1.2  Menjelaskan pemerhatian tentang tuas melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif

  1. Kedudukan fulkrum dari beban mempengaruhi daya yang diperlukan untuk mengangkat objek.
  2. Untuk mengangkat beban yang berat, kita perlu: 
    1. Meletakkan fulkrum paling dekat dengan beban
    2. Daya dikenakan sejauh mungkin dari fulkrum
    3. Gunakan kayu yang panjang, bukan kayu yang pendek. 
  3. Semakin dekat jarak beban dari fulkrum, semakin sedikit daya yang diperlukan untuk mengangkat beban.
  4. Semakin jauh jarak beban dari fulkrum, semakin banyak daya yang diperlukan untuk mengangkat beban. 
Arahan : Jawab soalan  LATIHAN / KUIZ di bawah. 
                                       KUIZ / LATIHAN

Tulis nama dan  markah yang diperolehi untuk direkod kemudian hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.


 

PDPR 1 NOVEMBER 2021 (ISNIN)

Arahan : Tonton dan fahami video yang disediakan. Kemudian baca dan salin nota yang diberikan. Gambar rajah di bawah nota tidak perlu salin. perhati dan fahami dengan baik.

Tajuk : 10  Mesin

10.1    Tuas

10.1.1  Mengenalpasti beban, fulkrum dan daya pada tuas dengan menjalankan aktiviti.

  1. Tuas digunakan untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu objek.
  2. Tuas terdiri daripada tiga bahagian, iaitu beban, fulkrum dan daya.
    1. Beban ialah berat sesuatu jasad.
    2. Fulkrum ialah suatu titik pada palang atau objek yang berfungsi sebagai pengimbang atau penyokong.
    3. Daya ialah tolakan dan tarikan ke atas sesuatu objek yang memberikan kesan.
  3. Contoh tuas: Membuka tin cat dengan pemutar skru.
    1. Penutup tin bertindak sebagai beban.
    2. Hujung pemutar skru yang menyentuh penutup tin ialah fulkrum.
    3. Tangan yang menolak pemutar skru ke bawah pula bertindak sebagai daya.
  4. Contoh aplikasi tuas:
    1. Menyapu sampah
    2. Mencabut paku
    3. Menyepit ais


Picture
Picture




Arahan : Jawab soalan  LATIHAN / KUIZ di bawah.

Tulis nama dan  markah yang diperolehi untuk direkod kemudian hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.

Selamat Belajar.


PDPR 7 DISEMBER 2021 (SELASA)

  Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa m...