PDPR 29 JULAI 2021 ( KHAMIS)

 Arahan : *Sila rujuk muka surat 94 hingga 99

TAJUK . 5.0  SIFAT CAHAYA  

5.2 PANTULAN CAHAYA

5.2.2 Memerihalkan kegunaan pantulan cahaya dalam kehidupan harian. 

5.2.3 Melukis gambar rajah sinar yang menunjukkan pantulan cahaya pada cermin.

Salin nota dibawah dalam buku .

Kegunaan Pantulan Cahaya

  1. Dalam kehidupan harian kita, banyak situasi yang melibatkan kegunaan pantulan cahaya. Perhatikan contoh di bawah.
    1. Cermin muka memantulkan cahaya dari muka ke mata kita.
    2. Cermin sisi membolehkan kita melihat objek di belakang dan di sisi kereta.
    3. Cermin cembung membolehkan pemandu melihat kenderaan lain yang terlindung daripada pandangannya untuk mengelakkan kemalangan.
    4. Cermin pergigian membantu doktor gigi untuk melihat keadaan gigi pesakit pada bahagian yang terlindung.
    5. Pelanggan di kedai kasut boleh melihat imej kasut yang dipakai melalui cermin yang diletakkan pada bahagian bawah.
    6. Pelanggan di kedai gunting rambut boleh melihat imej bahagian belakang kepalanya melalui cermin yang diletakkan di belakang.
    7. Tentera laut boleh melihat objek yang berada di permukaan laut dari dalam kapal selam dengan menggunakan periskop. Dua cermin dalam periskop memantulkan cahaya dari objek yang terhalang ke arah mata pemerhati.
  2. Terdapat bahagian yang berkilat pada lampu suluh supaya cahaya dapat dipantulkan dan kecerahan cahaya yang terhasil bertambah. 
Tidak perlu lukis gambar di bawah, cukup dengan tulis nama peralatan sahaja

Contoh alat yang berfungsi melalui pantulan cahaya.

Gambar Rajah Sinar ( Salin dan lukis )

  1. Apabila cahaya terkena pada permukaan yang rata dan licin seperti cermin muka, cahaya tersebut akan dipantulkan.
  2. Fenomena ini juga boleh dilukis dalam bentuk gambar rajah sinar seperti di bawah. 

Baiklah murid-murid, setelah semua selesai tugasan di atas sila KLIK SOALAN KUIZ di bawah. Selamat menjawab

SOALAN KUIZ

Murid-murid boleh menghantar markah kepada cikgu untuk direkodkan.
Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.


Selamat Belajar.

PDPR 26 JULAI 2021 (ISNIN)

Arahan : Salin nota dibawah dalam buku .

TAJUK . 5.0  SIFAT CAHAYA  

5.2 PANTULAN CAHAYA

5.2.1 Menyatakan cahaya boleh dipantulkan dengan menjalankan aktiviti. 

  1. Apabila melihat cermin, kita melihat imej kita terbentuk pada cermin. Fenomena ini dinamakan pantulan cahaya.
  2. Cahaya yang menyinari kamu sebenarnya dipantulkan ke arah cermin, dan cermin itu pula memantulkan imej ke arah mata kamu.
  3. Contoh-contoh fenomena pantulan cahaya:
    1. Imej terbentuk pada permukaan air.
    2. Imej terbentuk pada permukaan lantai berjubin.
    3. Imej terbentuk pada permukaan logam.
  4. Info Sains: Bulan bukan sumber cahaya. Bulan kelihatan bercahaya pada waktu malam kerana Bulan memantulkan cahaya Matahari ke arah Bumi.
Arahan : Bagi menambah kefahaman murid-murid, sila tonton video yang disediakan. Sambil itu murid-murid diminta merujuk buku teks muka surat 94 hingga 99.
* Soalan kuiz cikgu ada sediakan di bawah, sila jawaab dengan berhati-hati.


Murid-murid boleh menghantar markah kepada cikgu untuk direkodkan.
Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.


Selamat Belajar.

PDPR 15 JULAI 2021 (KHAMIS)

TAJUK . 5.0  SIFAT CAHAYA  (15JULAI 2021)

Topik 5.1 CAHAYA BERGERAK LURUS 

Arahan : Nota di bawah murid-murid mesti salin

5.1.4  Faktor yang Mempengaruhi Bentuk Bayang-bayang

  1. Orientasi objek dan kedudukan sumber cahaya mempengaruhi bentuk bayang-bayang. 
  2. Bentuk bayang-bayang sesuatu objek bergantung kepada:
    1. Kedudukan/ Orientasi objek
      1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kedudukan objek dan bentuk bayang-bayang yang terhasil.
      2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan berubah apabila kedudukan/ objek berubah. 
    2. Kedudukan sumber cahaya
      1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kedudukan sumber cahaya dan bentuk bayang-bayang yang terhasil.
      2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan berubah apabila kedudukan sumber cahaya berubah. ​

Arahan : Supaya lebih memahami nota yang telah dibaca, murid-murid digalakkan untuk menonton video yang disediakan di bawah: 



Arahan : Bagi menguji kefahaman murid-murid mengenai topik  yang telah kita pelajari, sila jawab soalan kuiz di pautan soalan kuiz.

SOALAN KUIZ

Murid-murid boleh menghantar markah kepada cikgu untuk direkodkan.
Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.


Selamat Belajar.

PDPR 12 JULAI 2021 (ISNIN)

 

TAJUK . 5.0  SIFAT CAHAYA  (12 JULAI 2021)

Topik 5.1 CAHAYA BERGERAK LURUS

5.1.3     Mengeksperimen untuk menentukan faktor yang mempengaruhisaiz dan bentuk bayang-bayang.

Arahan: Murid-murid diminta menyalin atau mencetak nota yang diberi dibawah dan tampalkan didalam buku nota sains.

Lukis rajah di atas

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang:

  1. Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
  2. Jarak di antara objek dengan skrin.

Faktor 1: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya.

  1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak objek dengan sumber cahaya dan saiz bayang-bayang.
  2. Hipotesis: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan sumber cahaya, semakin berkurang saiz bayang-bayang.
  3. Pemboleh ubah:
    1. Dimanipulasi: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
    2. Bergerak balas: Saiz bayang-bayang
    3. Dimalarkan: Jarak di antara objek dengan skrin.

Kesimpulan: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan sumber cahaya, semakin berkurang saiz bayang-bayang. 

Faktor 2: Jarak di antara objek dengan skrin.

  1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak objek dengan skrin dan saiz bayang-bayang.
  2. Hipotesis: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan skrin, semakin bertambah saiz bayang-bayang.
  3. Pemboleh ubah:
    1. Dimalarkan: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
    2. Bergerak balas: Saiz bayang-bayang
    3. Dimanipulasi: Jarak di antara objek dengan skrin.

Kesimpulan: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan skrin, semakin bertambah saiz bayang-bayang. 

Arahan : Supaya murid-murid lebih memahami apa yang dipelajari hari ini, sila tonton video di bawah.

Bagi menguji kefahaman murid-murid mengenai topik CAHAYA setakat yang telah kita pelajari, sila jawab soalan kuiz di pautan soalan kuiz.

SOALAN KUIZ

Murid-murid boleh menghantar markah kepada cikgu untuk direkodkan.
Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.


Selamat Belajar.

PDPR 8 JULAI 2021 ( KHAMIS)

TAJUK . 5.0  SIFAT CAHAYA 

Topik 5.2 Membanding dan membezakan bayang-bayang yang terhasil apabila cahaya dihalang oleh objek lutsinar, lut cahaya dan legap dengan menjalankan aktiviti.

Arahan : 

Tampal/cetak  atau salin nota dalam buku - cikgu galakkan murid-murid salin kerana secara tidak langsung kamu akan membacanya sekali lagi.

NOTA UNTUK HARI INI
 

.
Bagi menambah kefahaman murid-murid tentang topik yang kita pelajari hari ini, dila tonton video yang disediakan di bawah.



Sebaik sahaja murid-murid habis menyalin nota dan menonton video yang disediakan, apa kata murid-murid cuba jawab soalan kuiz di pautan yang disediakan  Klik sahaja soalan kuiz.




Murid-murid boleh menghantar markah kepada cikgu untuk direkodkan.
Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.


Selamat Belajar.

PDPR 5 JULAI 2021

 

Arahan : 

Tampal/cetak  atau salin dalam buku - cikgu galakkan murid-murid salin kerana secara tidak langsung kamu akan membacanya sekali lagi.

TAJUK . 5.0  SIFAT CAHAYA  (5 JULAI 2021)

Topik 5.1 CAHAYA BERGERAK LURUS





Bagi menambah kefahaman murid-murid tentang topik yang kita pelajari hari ini, sila tonton video yang disediakan.




Sebaik sahaja murid-murid habis menyalin nota dan menonton video yang disediakan, apa kata murid-murid cuba jawab soalan kuiz di pautan yang disediakan  Klik sahaja pautan kuiz.


Murid-murid boleh menghantar markah kepada cikgu untuk direkodkan.
Tulis nama dan tulis markah berapa yang betul dan hantar ke emel cikgu.

KLIK SAHAJA PADA EMEL DI BAWAH.


Selamat Belajar.

NOTA SAINS UNTUK 1 JULAI 2021

 

( Cetak / Tampal  atau salin dalam buku-cikgu galakkan murid-murid salin kerana secara tidak langsung kamu akan membacanya sekali lagi.)

 

Keperluan Asas Tumbuh-Tumbuhan

·         Keperluan asas tumbuhan ialah udara, air dan cahaya matahari. Makanan bukanlah keperluan asas tumbuhan kerana ia boleh menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis. 

·         Tumbuhan memerlukan udara untuk mendapatkan oksigen bagi proses pernafasan dan mendapatkan karbon dioksida bagi proses fotosintesis. Tanpa udara, tumbuhan tidak dapat menghasilkan makanannya sendiri dan ia akan mati.

·          

·         Tumbuhan memerlukan air sebagai medium pengangkutan nutrien dan garam mineral ke bahagian tumbuhan yang lain seperti daun dan batang tumbuhan itu. Air juga diperlukan untuk proses fotosintesis, mengekalkan kesegahan, kesegaran dan juga sebagai mekanisme kawalan suhu.

·          

·         Tumbuhan juga memerlukan cahaya matahari untuk bercambah dengan baik dan membesar untuk terus hidup. Ia menggunakan tenaga daripada cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis dan membuat makanannya sendiri. Tumbuhan hijau menggunakan pigmen hijau bernama klorofil untuk menyerap tenaga daripada cahaya matahari.




Bagi menjawab latihan diatas , murid-murid boleh merujuk nota PDPR pada 28 JUN

(buat dalam buku atau tampal dalam buku latihan sains)






NOTA SAINS UNTUK 29 JUN 2021

 

  • Tema: Sains Hayat
  • Unit 4: Tumbuh-tumbuhan
  • Standard Kandungan: 4.2 Fotosintesis
  • Standard Pembelajaran: 4.2.2 dan 4.2.3

 Arahan : (Cetak / Tampal  atau salin dalam buku-cikgu galakkan murid-murid salin kerana secara tidak langsung kamu akan membacanya sekali lagi.)



Latihan (buat dalam buku atau tampal dalam buku latihan sains)

1.        1. Apakah maksud fotosintesis …………………………………………………………….

2.      2.  Senaraikan keperluan tumbuh-tumbuhan untuk melakukan fotosintesis.

      ………………….. , ……………………….. , …………………….. , …………………...

3.     3. Senaraikan hasil fotosintesis …………………….……… , ……………………………

4.     4.. Bahan warna hijau yang terdapat pada daun ialah …………………………………..

5.     5 .   Oksigen dibebaskan ke persekiran melalui ……………………………………………

6.     6 .   Fotosintesis membekalkan …………………………… kepapa mnusia dan haiwan.



PDPR 7 DISEMBER 2021 (SELASA)

  Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa m...