Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa murid-murid dikehendaki klik pada pautan yang telah disediakan
Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa murid-murid dikehendaki klik pada pautan yang telah disediakan
Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2.3. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa murid-murid dikehendaki klik pada pautan yang telah disediakan
TOPIK 2.3 : MANUSIA BERGERAKBALAS TERHADAP RANGSANGAN
Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa murid-murid dikehendaki klik pada pautan yang telah disediakan
Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 2. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa murid-murid dikehendaki klik pada pautan yang telah disediakan
Arahan : Hari ini kita akan buat ulangkaji untuk topik 1. Murid-murid dikehendaki menjawab dua set soalan yang disediakan. Seperti biasa murid-murid dikehendaki klik pada pautan yang telah disediakan
Arahan : Baiklah murid-murid, topik mesin merupakan topik terakhir untuk sukatan mata pelajaran sains Tahun 4. Hari ini cikgu akan bagi buku nota dan soalan untuk topik tersebut. Murid-murid boleh baca dan ingat elok-elok untuk ujian nanti. Sila klik perkataan nota mesin di bawah.
Arahan : Tonton video dibawah, fahamkan dan ingat maklumat-maklumat penting. Kemudian salin nota ringkas di bawah video.
10.2.3 Merumuskan maksud mesin kompleks.
10.2.3 Mesin Kompleks
Sesetengah alat yang digunakan dalam kehidupan harian kita terdiri daripada gabungan beberapa jenis mesin ringkas.
Alat yang terdiri daripada gabungan lebih daripada satu mesin ringkas merupakan satu mesin kompleks.
Mesin kompleks yang lebih baik ialah mesin yang mempunyai ciri lestari, iaitu mesin yang tahan lama, tidak mudah rosak, mengguntungkan tidak memberikan kesan buruk kepada alam sekitar, mudah dan selamat digunakan.
Contoh mesin lestari ialah basikal, kerana basikal mudah digunakan dan tidak memerlukan bahan api dosil untuk menggerakkannya. Oleh sebab itu, basikal tidak akan mencemarkan alam sekitar.
Contoh-contoh mesin kompleks:
Arahan : Setelah selesai menonton dan menyalin nota, sila jawab soalan yang diberikan dalam pautan di bawah. klik KUIZ / LATIHAN
Arahan : Tonton dan fahami video yang disediakan. Kemudian baca dan salin nota yang diberikan.
10.2.1 Mesin Ringkas
Mesin ringkas ialah alat yang membantu kita melakukan kerja dengan lebih mudah dan cepat.
Terdapat pelbagai jenis mesin ringkas di sekeliling kita.
Setiap mesin ringkas mempunyai kegunaannya yang khusus.
Jenis-Jenis mesin ringkas:
Roda dan gandar. Roda dan gandar ialah alat yang terdiri daripada roda yang dipasang pada sebatang rod yang dinamakan gandar. Contohnya, pada tombol pintu.
Tuas. Tuas ialah alat yang terdiri daripada sebatang rod yang diletakkan di atas fulkrum untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu beban objek. Contohnya, pada penyapu.
Skru. Skru ialah alat yang berbentuk silinder beralur yang dapat dimasukkan ke atas sesuatu ruang dengan memutarkannya untuk menyatkan atau mengetatkan dua bahagian objek. Contohnya, pada botol dan penutupnya.
Gear. Gear ialah alat yang terdiri daripada bahagian roda yang bergerigi. Contohnya, pada jam.
Takal. Takal ialah alat yang terdiri daripada satu roda beralur yang membolehkan tali melaluinya untuk mengangkat atau menurunkan sesuatu beban. Contohnya, pada bidai.
Satah condong. Satah condong ialah satu permukaan rata yang disendengkan dengan satu bahagian yang hujungnya diletakkan pada ketinggian yang berbeza. Contohnya, pada tangga.
Baji. Baji ialah alat yang runcing pada satu hujungnya dan digunakan untuk memotong serta memegang dan memberhentikan sesuatu objek. Contohnya, pada pisau dan penyendal pintu.
Contoh Mesin Ringkas
Arahan : Setelah selesai menonton dan menyalin nota, sila jawab soalan yang diberikan dalam pautan di bawah. klik KUIZ / LATIHAN
Arahan : Tonton dan fahami video yang disediakan. Kemudian baca dan salin nota yang diberikan. Gambar rajah di bawah nota tidak perlu salin. perhati dan fahami dengan baik.
Tajuk : 10 Mesin
10.1 Tuas
10.1.1 Mengenalpasti beban,
fulkrum dan daya pada tuas dengan menjalankan aktiviti.
Tuas digunakan untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu objek.
Tuas terdiri daripada tiga bahagian, iaitu beban, fulkrum dan daya.
Beban ialah berat sesuatu jasad.
Fulkrum ialah suatu titik pada palang atau objek yang berfungsi sebagai pengimbang atau penyokong.
Daya ialah tolakan dan tarikan ke atas sesuatu objek yang memberikan kesan.
Contoh tuas: Membuka tin cat dengan pemutar skru.
Penutup tin bertindak sebagai beban.
Hujung pemutar skru yang menyentuh penutup tin ialah fulkrum.
Tangan yang menolak pemutar skru ke bawah pula bertindak sebagai daya.
Arahan : Baiklah murid-murid, hari ini cikgu sediakan beberapa video sebagai menambah kefahaman murid-murid sebelum kita masuk tajuk baru minggu depan. Tonton hingga murid-murid faham konsep putaran bumi dan dapat menyatakan semula secara lisan dan bertulis.
9.2 Putaran dan peredaran bumi
9.2.3 Memerihalkan kesan putaran Bumi pada paksinya dengan menjalankan aktiviti.
9.2.4 Menjelaskan pemerhatian tentang putaran
dan peredaran Bumi melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif.
Arahan : Hari ini tiada soalan dan nota. 40 soalan yang cikgu bagi kelmarin harap murid-murid dapat menjawab dengan baik.
Arahan : Tonton dan fahami video yang disediakan, kemudian salin nota di bawah. Gambar rajah nombor 1, sila lukis dan warnakan. Gambar rajah nombor 2 dan 3 sekadar untuk murid-murid menambah pengetahuan.
9.2 Putaran dan peredaran bumi
9.2.3 Memerihalkan kesan putaran Bumi
pada paksinya dengan menjalankan aktiviti.
9.2.3 Kesan Putaran Bumi pada Paksinya
Putaran bumi pada paksinya menyebabkan berlakunya beberapa kejadian:
Kejadian siang dan malam
Bahagian bumi yang menghadap Matahari akan mengalami siang.
Bahagian bumi yang terlindung daripada cahaya Matahari akan mengalami malam.
Kedudukan matahari kelihatan seperti berubah-ubah terbit dari Timur dan benam ke Barat
Arahan : Tonton dan fahami penerangan video di bawah. Kemudian baca dan salin nota yang diberikan. Gambar kalau tak lukis tak apa.
9.1.2 Daya Tarikan Graviti Bumi
Graviti bumi ialah daya yang menarik objek ke arah pusat bumi.
Tanpa daya tarikan graviti bumi, semua objek akan terapung di udara.
Semua objek di Bumi dapat berada pada kedudukannya kerana adanya daya tarikan graviti bumi.
9.1.3 Kepentingan Daya Tarikan Graviti Bumi
Daya tarikan graviti bumi penting untuk mengekalkan objek pada kedudukannya.
Daya tarikan graviti bumi menyebabkan objek tidak terapung di udara dan kekal berada pada kedudukannya.
Arahan : Oleh kerana sudah banyak soalan berkenaan graviti bumi cikgu beri, hari ini cikgu tidak sediakan soalan. Murid-murid yang dapat markah rendah boleh jawab semula soalan yang cikgu sediakan sebelum ini dalam pautan yang lepas.
Arahan : Baiklah murid-murid, pada hari ini kita masih lagi dibawah tajuk graviti bumi, Di bawah ini ada DUA lagi video yang cikgu mahu murid-murid tonton dan fahami betul-betul.
9.1 GRAVITI BUMI
9.1.1Memerihalkan daya tarikan
gravitI bumi berdasarkan pemerhatian dengan menjalankan aktiviti.
Arahan : Baiklah murid-murid. setelah selesai menonton video di atas, cuba murid-murid jawab soalan kuiz di bawah
Arahan : Baiklah murid-murid, hari ini kita akan masuk topik baru iaitu BUMI, Tonton dah fahami betul-betul video di bawah.
9.1 GRAVITI BUMI
9.1.1 Memerihalkan daya tarikan
gravity bumi berdasarkan pemerhatian dengan menjalankan aktiviti.
9.1.1 Graviti Bumi
Setiap objek yang dilambung ke atas akan jatuh semula ke bawah.
Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah pusat bumi oleh suatu daya yang dinamakan daya tarikan graviti bumi.
Graviti atau gravitas dalam bahasa Latin bermaksud berat. Daya tarikan graviti ada pada semua objek.
Tanpa graviti, angkasa akan terapung di udara. Oleh sebab itu, angkasawan perlu memakai pakaian khas dan menggunakan peralatan khas untuk urusan harian supaya objek di sekelilingnya tidak terapung.
Arahan ; Baiklah sebaik sahaja selesai menonton dan menyalin/menampal nota cuba selesaikan latihan di bawah. Klik pada perkataan LATIHAN.
Arahan : Baiklah murid-murid, hari ini cikgu ada menyediakan beberapa set latihan sebelum kita masuk ke tajuk baru esok. Nota yang cikgu sediakan untuk pdpr hari ini, murid-murid boleh tampal dalam buku selepas ini.
Sebelum menjawab latihan yang disediakan, murid-murid boleh tonton terlebih dahulu video yang disediakan untuk menanmbah pengayaan bagi topik yang kita pelajari.
Arahan : Baiklah murid-murid , terlebih dahulu cikgu mahu murid-murid tonton video yang disediakan. Perhati dan faham betul-betul. Setelah itu baca dan salin/tampal nota yang disediakan.
8.2.2 Aplikasi Sifat Bahan
Pengetahuan tentang sifat sesuatu bahan adalah penting dalam mereka cipta sesuatu objek.
Pemilihan jenis bahan yang bersesuaian dapat memastikan objek yang dicipta dapat berfungsi dengan baik mengikut keperluannya.
Langkah-langkah mereka cipta model dengan mengaplikasikan pengetahuan tentang sifat bahan:
Mengenal pasti masalah
Menjana idea
Membuat lakaran idea
Menyediakan alat dan bahan
Membina model
Arahan : Setelah selesai menonoton video dan menyalin / menampal nota, cuba jawab soalan di bawah. Klik pada perkataan KUIZ / LATIHAN.